Label 10

Home » » Video Sami Buddha HIdup Mewah Bergaya Dengan Jet Peribadi

Video Sami Buddha HIdup Mewah Bergaya Dengan Jet Peribadi

Written By AAKJ on Tuesday, June 18, 2013 | 1:00 PM


Thai pantau sami bergaya 

Bangkok: Badan Kebangsaan Buddha Thailand, semalam berkata, pihaknya memantau sami di seluruh negara bagi mengesan tingkah laku yang tidak wajar berikutan aduan yang timbul daripada video yang memaparkan sami Buddha di atas sebuah jet peribadi. 

Video di YouTube itu menunjukkan seorang sami memakai kaca mata hitam yang bergaya sambil membawa beg kembara berjenama dan fon kepala tanpa wayar serba moden. Ia mencetuskan kritikan penganut Buddha di seluruh negara. 

Ketua Pengarah Pejabat Kebangsaan Buddha, Nopparat Benjawatananun berkata, badan itu sudah menyaksikan video berkenaan awal tahun ini dan memberi amaran kepada sami dari kuil di timur laut negara itu agar tidak mengulang tingkah laku bermewah-mewah. 

Negara yang mempunyai populasi Buddha terbesar, Thailand cuba membantu menegakkan doktrin Buddha berusia 2,600 tahun melalui pelbagai kaedah termasuk melaksanakan pengharaman penjualan alkohol pada cuti keagamaan. Bagaimanapun, usaha itu kadangkala dicemari sami Buddha sendiri.

 [Sumber


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger