Label 10

Home » » "Pegawai SPAD Hari-Hari Makan Rasuah..Hari Ni Dia Makan Penampar.."

"Pegawai SPAD Hari-Hari Makan Rasuah..Hari Ni Dia Makan Penampar.."

Written By AAKJ on Tuesday, June 11, 2013 | 1:30 AM


KUANTAN - Seorang pegawai penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dilaporkan telah ditampar oleh seorang pemandu lori ketika menjalankan operasi mereka di Jalan Pintasan Kemaman -Kuantan baru-baru ini.

Pemandu berkenaan bertindak demikian selepas mendapati seorang lelaki tiba-tiba masuk dan merampas kunci lori beliau ketika dia memberhentikan kenderaan terbabit.

Kejadian dipercayai berlaku kerana beliau tidak mengenali pegawai terbabit yang kini begitu kerap memakai pakaian biasa ketika bertugas.

"Mereka tak pakai uniform... sebab tu kena tampar. Lagi pun SPAD kini semakin melampau mencari duit.. mereka buat operasi hampir saban hari hingga mengganggu mata pencarian sebahagian daripada kami.

Ada sahabat saya yang sudah seminggu tidak membawa lori kerana gusar dengan operasi SPAD sekarang ini. Dulu ada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang lebih bertimbang rasa dan berbudi bicara ketika bertugas... tapi SPAD mereka langsung tiada pertimbangan kepada kami", kata seorang pemandu lori yang menghubungi PDO.

Menurutnya, kejadian "tampar" itu berlaku bukan kerana mereka benci kepada SPA tetapi ia kerana kesilapan pegawai terbabit yang tidak memperkenalkan diri. "Dia tak pakai uniform.. ketika sahabat saya berhenti lori terus dia masuk dalam dan rampas kunci.. sebab tu kena tampar.. tapi lepas di kenalkan dia dari SPAD baru kawan saya tu mintak maaf", tambah beliau lagi. Justeru kepada pihak SPAD, eloklah memakai uniform ketika bertugas supaya kejadian seperti ini dapat dielakkan.


Aakj Point Of View ; puok ni lah yang buat taik..kaya raya dan UMNO BN terima BALA !! tuuuuiHH !!

sumber
Share this article :

+ comments + 3 comments

Anonymous
June 11, 2013 at 2:15 AM

Maklumat dn cerita palsu. Spad adalah suruhnjaya pengangkutan awam...

Anonymous
June 11, 2013 at 8:17 AM

salah satu usaha nak memburukkan SPAD...

Anonymous
June 11, 2013 at 8:44 AM

Memang betul....JPJ (100 peratus) lebih bagus menjalankan tugas daripada SPAD...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger