Label 10

Home » , » Pas Dan Hizbullah Parti Setan - Qaradhawi

Pas Dan Hizbullah Parti Setan - Qaradhawi

Written By AAKJ on Saturday, June 15, 2013 | 11:00 AM


PAS mendewakan Hizbullah bukanlah sesuatu yang asing didengar. 

Hizbullah ialah kumpulan Islam mazhab Syiah dan juga sebuah parti politik di Lubnan.  Hizbullah juga mempunyai pasukan tentera dan kegiatan awam di Lubnan. 

Wikipedia mencatatkan mengenai Hizbullah seperti berikut:  Hizbullah terbentuk hasil inspirasi kejayaan Revolusi Iran pada tahun 1979 pimpinan mullah terkenal Ayatollah Ruhullah Khomeini. Pada tahun 1982 , pilihan terbaik umat Islam di Lubnan bagi mengatasi penjajahan Israel 1982 atau dikenali sebagai Perang Lubnan ialah meniru cara dan gaya kepimpinan ulama dalam Revolusi Islam Iran. Kebetulan pula ramai orang Islam mazhab Syiah di Lubnan , Syria dan Jordan dan Iraq sendiri. Setiap negara tersebut mempunyai kumpulan atau parti yang dinamakan Hizbullah.

Di masa yang sama, PAS juga turut mengagungkan Ulama-ulama besar Sunni antaranya, Prof. Dr. Yusuf Qardhawi yang menjadi Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia.   Nama beliau sering ‘dijual’ oleh PAS dan bakal Perdana Menteri mereka, Anwar Ibrahim, bagi meraih sokongan umat Islam terhadap Pakatan Rakyat. 

Suatu ketika, Prof. Dr. Yusuf Qardhawi turut menyokong gerakan Hizbullah menentang Israel, tetapi hari ini, beliau telah merujuk kepada Hizbullah sebagai syaitan. 

Beliau berkata demikian dalam khutbah Jumaat di Masjid Umar bin Al-Khattab di Doha.  Katanya, "Mereka adalah Hizbu Thoghut, Hizbu Syaitan yang datang dari luar bagi membunuh penduduk Qusair dan sekitarnya. Ribuan militian dari pengikut orang yang bernama Nasrallah sedang dia ialah Nasru Syaitan. Mereka mendakwa kami membunuh musuh, apa musuh yang dimaksudkan?"

Kita faham bahawa pada suatu ketika dahulu, sokongan Prof. Dr. Yusuf Qardhawi terhadap  Hizbullah adalah kerana penentangan gerakan itu terhadap Israel.  Ini bukan bermakna beliau  menyokong Hizbullah sebagai sebuah gerakan politik. 

Namun, orang-orang PAS yang sentiasa dalam keadaan keliru akibat enggan menggunakan akal telah menyokong Hizbullah sebagai satu gerakan politik, bukan kerana penentangan mereka terhadap Israel.   PAS mengangkat Hizbullah sebagai sumber inspirasi agama dan politik sekali gus. 

Pada 28 Ogos 2006, di dalam ucapan merasmikan Seminar Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Kelantan di Pengkalan Chepa, Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa menyeru ahli dan penyokong PAS menghayati kejayaan Hizbullah dalam pilihanraya Lubnan dan menjadikannya iktibar bagi PAS menghadapi PRU yang akan datang. 

Melayari artikel-artikel lama berkaitan PAS kita akan mendapati betapa PAS mengagungkan Hizbullah sebagai sumber inspirasi dan atau rujukan.  Salah satu yang penulis temui bertajuk, ‘Jangan Hakis Ciri Hizbullah PAS Dengan Sebab Pemilihan’ di tulis oleh Ustaz Nik Mohd Nasri Nik Malek.     

Dari fakta di atas, tentulah tidak salah jika dikatakan bahawa kaitan PAS dengan Syiah itu adalah nyata. 

Justeru, kita tertanya-tanya apakah pendirian PAS hari ini apabila Prof. Qardhawi sendiri menggelarkan Hizbullah sebagai syaitan sedangkan PAS ingin sekali ‘menjadi seperti’ Hizbullah? 

Apakah PAS akan menuduh Prof. Qardhawi sebagai kafir atau sesat kerana menyelar ‘sekutu’ mereka di Lubnan itu?  Atau apakah PAS akan turut mengangguk mengajuk kenyataan beliau?  Atau PAS akan menyerlahkan kepakaran mereka dalam memutarbelit dengan memanipulasi kenyataan Prof. Qardhawi sekali lagi? 

Dan mungkinkah kenyataan Prof. Qardhawi itu boleh diambil sebagai satu pengesahan bahawa PAS itu sendiri merupakan sebuah parti politik yang bercirikan syaitan?  


Share this article :

+ comments + 1 comments

June 15, 2013 at 6:30 PM

nanti pas jawab itu pendapat peribadi

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger