MUNGKIN ramai tidak begitu peduli dengan pengumuman Menteri Besar Kelantan yang baru, Datuk Ahmad Yaakub pada 8 Mei lepas bahawa kerajaan negeri itu akan menubuhkan Institut Pemikiran Nik Aziz, kononnya untuk menghargai jasa dan entah apa-apa yang orang PAS ni pandang hebat sangat si Nik Aziz.
Selain tulang yang makin hari makin reput dan nafas yang semput, hampir tidak ada apa yang istimewa mengenai Nik Aziz, melainkan kenyataan-kenyataan kontroversi yang pernah dikeluarkannya sebelum ini – itupun kalau nak dikatakan istimewa.
Tapi lebih sebulan selepas pengumuman mengenainya dibuat, tidak banyak yang boleh diperkatakan tentang institut tersebut, adakah nak diteruskan atau tidak?
Hakikatnya, ikut amalan biasa di seluruh dunia, institut pemikiran macam ini ditubuhkan untuk orang yang super hebat. Jenis orang yang kalau kita sebut saja namanya, dah terbayang macam-macam kemajuan yang dia pernah bawa untuk kepentingan ramai orang.
Paling tidak, ada penerbitan buku atau jurnal yang boleh dikaitkan dengannya yang menjadi bahan rujuk universiti-universiti ternama di dunia – dalam kapisiti Nik Aziz, Universiti Al-Azhar atau istitusi pengajian Islam yang lain.
Ada ke? Penulis boleh confirmkan disini, sehelai karya Nik Aziz pun tarak.
Ikhlas tanya ni, bila sebut nama Nik Aziz, apa yang kita ingat? Kalau tanya penulis, tuhan mencarut, nabi mencarut, anak pengganas, songlap tanah, sedekah tanah pada DAP dan sebagainya, nak dihurai pun terlalu banyak. Yang penting sekali, semuanya bukan lah cerita yang elok-elok.
Paling memalukan, Nik Aziz perintah Kelantan jauh lebih lama dari Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri. Mahathir hanya perintah selama 21 tahun lebih, sementara Nik Aziz 23 tahun. Tapi cubalah bandingkan pencapaian Tun Mahathir dan Nik Aziz. Nak kata macam langit dengan bumi pun rasanya terlalu pendek dan menghina, yang lebih sesuai rasanya dari pangkal bima sakti ke hujung bima sakti.
Cadang macam inilah, apa kata bila Nik Aziz mati esok, PAS keluarkan otaknya untuk dikaji, macam saintis keluarkan otak Albert Einstein mengkaji bagaimana ia berfungsi sehingga Einstein jadi sebijak itu, dah alang-alang buat Insititut Pemikiran Nik Aziz tu kan. Habis kaji, letak satu sudut supaya pengunjung boleh lihat.
Setakat hari ini tidak ada orang PAS yang kemukakan idea tersebut dan penulis tidak akan menuntut satu sen royalti pun kalau ada orang PAS yang nak ceduk idea ini dan jadikannya kenyataan. Penulis pun nak tahu macam mana rupa otak Nik Aziz dan cara ia berfungsi.
Mesti ada satu perkara yang istimewa pada otak Nik Aziz sehinggakan dia mampu mengekalkan kuasa lebih 23 tahun tanpa buat apa-apa untuk rakyat dan negeri tersebut – melainkan menghimpun jumlah penghidap HIV terbanyak negara dan jumlah orang muda keluar dari negeri tersebut untuk mencari kerja di luar.
+ comments + 1 comments
STINKING THINKING INSTITUTE....itu nama badan kajian itu.
Post a Comment