Label 10

Home » , » Muhyiddin Tidak Akan Cabar Najib !

Muhyiddin Tidak Akan Cabar Najib !

Written By AAKJ on Friday, June 7, 2013 | 8:30 PM


Pemilihan Agung UMNO just around the corner..masing-masing menunggu tarikh rasmi mesyuarat, baik d peringkat cawangan, bahagian dan juga d peringkat pusat. Menunggu tarikh rasmi..menunggu kaedah terkini yang menjanjikan ketelusan dan keterbukaan UMNO yang d janjikan PM Najib demi kesinambungan dengan program TRANSFORMASI yang menyeluruh.

Kedengaran suara-suara nakal d bawah bahawa PM NAjib terlalu berlembut dengan Cina hinggakan Melayu seolah-olah d hentak dengan terbuka oleh Cina..

Kedengaran suara-suara nakal d bawah bahawa PM Najib bakal menerima nasib seperti Pak Lah semata-mata hukuman kerana kononnya pencapaian BN merudum d PRU13..

"Suara" ini tidak mahu mendengar dan melihat angka yang tak pernah menipu..angka yang menunjukkan Melayu kembali kepada parti yang TERASnya Melayu. "Suara" ini seolah-olah menafikan usaha keras PM Najib dan Barisan Kepimpinan BN termasuk Muhyiddin untuk yakinkan rakyat bahawa BN masih dan tetap relevan untuk bangunkan Malaysia.

Tsunami PRU12 masih wujud 'trauma' Melayu tolak UMNO..Cina tidak yakin dengan MCA dan India masih sangsi dengan MIC sebagai teras perjuangan kaum..

Trauma ini memaksa seluruh Barisan Kepimpinan BN dari cawangan hingga ke Pusat untuk berusaha merampas Negeri yang hilang dan kerusi Melayu yang condong dan hanyut kepada wakil yang tidak tahu kemana nak d bawa Melayu ini..

Akhirnya Allah buat keputusan yang penuh makna, hasil usaha semua peringkat..maka keputusan PRU13 jelas dan nyata Cina tolak BN dan Melayu kembali sokong BN atas nama UMNO ! parti yang selama ini kekal membela nasib bangsa Melayu Malaysia ini.

Ada negeri yang d ambil semula dan kerusi Parlimen Melayu kembali ke pangkuan pemimpin Melayu yang tahu kemana nak d bawa Melayu ini..

Ini saat genting..jangan lupa..kalau kita sendiri tidak beringat dengan akan ada PARASIT yang cuba berlakon dia sayangkan parti dan mula menghasut dan memecahbelahkan parti dari dalam maka kita akan rugi..puok kera akan berusaha hancurkan UMNO yang menjadi teras utama BN..hancur teras ini maka berkuburlah BN.

Yaa..semua orang boleh luahkan pendapat namun apakah kita lupa bahawa apa yang kita usahakan tidak semua dapat..apa yang kita hajatkan belum tentu Allah terima..semua keputusan Allah ada hikmah yang amat besar tersembunyi untuk kita terjemahkan..

Menurut sumber dalaman pejabat Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin tidak akan mencabar Najib atas alasan keutuhan parti amat perlu d saat Melau telah kembali yakin pada UMNO.

"..senario berbeza dengan zaman Pak Lah..tunggu dan lihat Muhyiddin akan buat kenyataan untuk redakan segala hasutan dan khabar angin.." - sumber

Saat air keruh..ada yang akan menangguk
Saat UMNO nak tegak dan padu..akan ada yang mengadu domba

Antara Ahli UMNO dan yang sokong UMNO tetapi tidak menjadi ahli UMNO pun berbeza..

Sabar..InsyaAllah..UMNO bukan parti anak beranak..bukan parti yang bermusim..ianya wadah perjuangan MELAYU..


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger