Label 10

Home » , » Melayu DAP Mahu PAS Jadi Sosialis

Melayu DAP Mahu PAS Jadi Sosialis

Written By AAKJ on Saturday, June 29, 2013 | 1:00 PM



Roketkini melaporkan bahawa pada 26 Jun lalu, sebuah forum bertajuk “Islam, Sosialis, Liberal dan PAS di mana?” telah dianjurkan oleh Free Public Forum (FPF) di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur Selangor. (KLSCAH). Malangnya, akhbar tersebut tidak pula melaporkan secara terperinci siapakah ahli panel atau hadirin yang terlibat.

Sedikit berita yang dibangkitkan dalam laporan tersebut adalah antara panel jemputan termasuklah Pegawai Perhubungan Pejabat Parlimen DAP, iaitu Al-Mustaqeem Mahmod Radhi. Menceritakan latarbelakangnya Mustaqeem memberitahu bahawa peristiwa Memali telah membawanya ke sekolah agama serta membentuknya menjadi sepertimana hari ini, iaitu tidak terlepas dari PAS.

Pelik, kerana Mustaqeem tidak pula menjadi ahli PAS tetapi memilih untuk berada dalam DAP dan sekadar bekerjasama dengan PAS.

Mustaqeem menjelaskan bahawa soal sama ada PAS liberal atau sosialis bukan masalah kerana parti politik merangkumi berbagai aliran. Beliau memberi contoh bahawa DAP lebih sosialistik berbanding PKR manakala PAS juga mempunyai sifat sosialistik melalui tokoh lama parti tersebut iaitu Burhanuddin Al-Helmy.

Namun, Mustaqeem menambah bahawa PAS akan bertahan lama jika lebih menumpukan kepada soal fundamental iaitu hak rakyat dan tidak kekal kepada fahaman tradisional.

Apa yang boleh ditafsirkan dari kenyataan Mustaqeem ialah beliau atau DAP menyarankan agar PAS membuka fahaman kepada ideologi sosialis dan liberalis atas dasar kepelbagaian.

Nampaknya, Mustaqeem melihat ‘Islam’ hanyalah sebagai salah satu ideologi, atau sekadar fahaman yang dirujuk sebagai ‘tradisional’ iaitu tidak moden.

Sebagai seorang Islam, tentu saja kita tidak dapat menerima hujah sebegini.

Islam adalah agama dan dipraktikkan dalam cara hidup seharian. Ia bukan satu ideologi yang direkacipta manusia. Ia juga bukan satu undang-undang. Cara hidup Islam itu bermakna tertakluk kepada peraturan tertentu bagi memungkinkan sebuah kehidupan yang sempurna. Islam memberikan satu tujuan hidup untuk manusia agar manusia tidak terkapai-kapai mencari matlamat.

Ideologi Sosialis dan liberalis banyak bertentangan dengan cara hidup yang telah ditetapkan dalam Islam.

Bagi Islam, kesamarataan total di dalam ideologi sosialis adalah tidak adil serta menentang fitrah manusia yang dilahirkan dengan sikap dan kebolehan yang berbeza. Mana mungkin mereka yang rajin dan malas menerima habuan yang sama? Mana mungkin mereka yang bijak dan kurang bijak turut menerima ganjaran yang sama? 


Bagaimana manusia dapat mengeskpresi dirinya, minatnya, bakatnya, kebolehannya, pemikirannya, pandangannya dan lain-lain? Sistem sosialis adalah sistem yang mengekang semua itu, melainkan di kalangan para pemimpin. Inilah yang kita lihat berlaku di dalam DAP di mana tiada siapa yang dibenarkan bersuara atau akan diugut, dianiaya, disaman atau dipecat.

Liberalis pula membuka ruang kepada kemusnahan institusi masyarakat dan keluarga kerana ia mengajak kepada kebebasan mutlak berasaskan nafsu yang dinamakan ‘hak asasi’. Sedangkan Islam memberi panduan mengenai membataskan nafsu bagi memastikan kehidupan masyarakat dapat berfungsi dengan baik. Membataskan nafsu juga adalah satu-satunya perkara yang dapat membezakan antara manusia dengan haiwan. Kita sedia maklum bahawa PKR memperjuangkan fahaman ‘haiwan’ ini di mana LGBT dihalalkan dan murtad dibenarkan.

Oleh itu, saranan Mustaqeem agar PAS membuka minda kepada liberalis dan sosialis adalah sama saja dengan gesaan Lee Kwan Yew suatu ketika dahulu iaitu supaya ‘orang Islam melonggarkan fahaman Islam’ mereka.

Ini tentulah tidak menghairankan kerana PAP dan DAP sememangnya bersaudara. Namun, hakikat bahawa Mustaqeem adalah produk sekolah agama bersuara senada dengan Leee Kwan Yew menjadikan kita benar-benar musykil.

Oleh kerana Mustaqeem merujuk kepada peristiwa Memali sebagai ‘inspirasi’ untuk memasuki sekolah agama, maka pastinya Mustaqeem adalah dari sekolah agama PAS.

Justeru, mungkinkah hujah Mustaqeem itu terbina dari ajaran-ajaran yang diterima dari sekolah agama tersebut? Apakah PAS sememangnya faham dan turut bersetuju untuk melonggarkan pegangan Islam semata-mata untuk kekal relevan?

Kita menggesa PAS memberi respon kepada isu ini segera agar rakyat dapat memahami di manakah kedudukan PAS yang kini diapit, dihimpit oleh sosialis dan liberalis.
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
June 29, 2013 at 5:52 PM

lantak kau la pas... apa dah jadi dgn ulama pas... tu la berdasarlan apa dipanggil ulama. Akhirnya jadi ularrrr makkkk...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger