Label 10

Home » » Lintah Darat Punya Angkara, Najib Abdul Razak Juga Yang Salah?

Lintah Darat Punya Angkara, Najib Abdul Razak Juga Yang Salah?

Written By AAKJ on Wednesday, June 19, 2013 | 12:00 PM





Tidak sahaja dunia politik, bahkan bidang-bidang lain turut mengambil kesempatan semahu-mahunya sehinggakan rakyat negara yang terdiri daripada pelbagai penganut pelbagai parti politik, mahupun pemercaya pelbagai akidah politik, menjadi mangsa.

Mungkin keseronokan menyokong para pemimpin dan parti politik yang disukai, menyebabkan masing-masing menjadi buta hati dan buta perut sehinggakan tanpa sedar, mereka sebenarnya telah dikenakan oleh kapitalis dan pengaut keuntungan yang berbentuk individu mahupun pertubuhan.

Puak kapitalis berjaya mengaut keuntungan hasil daripada pertembungan pelbagai fikrah dan fahaman politik. Sengaja melaga-lagakan rakyat Malaysia dan mewujudkan pelbagai ketidakpuasan hati, membolehkan mereka menusukkan jarum fitnah dengan senang hati dan tanpa sebarang halangan.

Menariknya, puak-puak yang sebenarnya tidak ubah seperti biawak pemakan bangkai itu, mempunyai kambing hitam mereka sendiri untuk dikorbankan. Kambing hitam itulah yang akan dipersalahkan walaupun perbuatan tersebut dilakukan oleh mereka. Dan mereka pula sentiasa terselamat daripada pelbagai tindakan mahupun halangan kerana ada pula pihak yang memusuhi kambing hitam, sanggup membela mereka.

Itulah yang sedang berlaku di Malaysia. Pertembungan pelbagai penganut aliran politik di Malaysia telah dipergunakan dengan sebaik-baiknya oleh puak-puak yang sentiasa memikirkan keuntungan walaupun keuntungan mereka itu dibina hasil daripada kesengsaraan orang lain.

Satu perkara yang menarik ialah, puak-puak ini tidak pernah berfikir tentang orang lain. Yang mereka fikirkan saban masa hanyalah perut dan tembolok sendiri.

Kambing hitam yang sedang mereka lapah adalah Najib Abdul Razak dan kerajaannya. Semua perbuatan jahat yang mereka lakukan, apabila terdedah, akan segera dipindahkan kepada Najib Abdul Razak dan Kerajaan Barisan Nasional.

Kita boleh melihat bagaimana orang tengah, pemborong dan pembekal semua barangan keperluan menaikkan harga barangan masing-masing, dengan mengambil kesempatan daripada kekacauan politik di negara ini. Mereka bijak kerana telah mempergunakan atau dipergunakan pula oleh sebuah parti politik yang sentiasa mencari-cari kaedah terbaik untuk berkuasa.

Parti politik berkenaan bukannya PKR atau Anwar Ibrahim, sebaliknya DAP dan Lim Kit Siang!

Memandangkan golongan sebangsa dengan Lim Kit Siang merupakan pembekal utama untuk semua barangan keperluan di negara ini, mereka mempunyai kuasa yang tidak boleh disangkal sama sekali. Mereka pintar bermain dengan taktik dan teknik yang boleh menyebabkan para pengguna menyalahkan Najib Abdul Razak dan kerajaannya yang disifatkan sebagai kurang bertaring.

DAP sedang mengapi-apikan manusia sebangsa mereka, kononnya kerajaan telah menaikkan pelbagai cukai perkhidmatan mahupun barangan. Justeru, mereka tidak ada pilihan lain kecuali menaikkan harga barangan yang amat diperlukan oleh rakyat Malaysia.

Sekalipun penjelasan telah diberikan oleh pihak berkuasa dan kerajaan bahawa tiada sebarang kenaikan harga barangan dibenarkan, namun memandangkan penjelasan tersebut hanyalah DIFAHAMI OLEH MELAYU-BUMIPUTERA, puak-puak yang dihasut oleh DAP itu, tidak menghiraukannya dan kekal dengan pendirian mereka untuk menaikkan harga.

Dan hari ini, di seluruh Malaysia, rungutan demi rungutan telah dibuat oleh rakyat marhein ang merungut tentang kenaikan harga barangan secara mendadak. Sekali lagi Najib Abdul Razak dipersalahkan dan kerajaan yang dipimpinnya disifatkan sebagai kerajaan yang gemar menaikkan harga barangan.

Mereka bebas dan mereka tidak dipersalahkan. Sebaliknya yang dimarahi oleh marhein adalah Najib Abdul Razak dan kerajaannya. Semua tuduhan dan fitnah buruk dilemparkan kepada Najib dan kerajaannya sedangkan pihak yang melakukannya secara sengaja, lepas bebas dan masih mampu mengaut keuntungan berlipat-lipat kali ganda.

Mungkin agak keterlaluan kalau dikatakan, KOMUNITI PENGGUNA di negara ini sebenarnya TERLALU JAHIL, SOMBONG dan ANGKUH. Mereka tidak melihat kuasa yang ada pada mereka, sebaliknya mereka lebih gemar menyalahkan pihak yang langsung tidak kena-mengena seperti Najib Abdul Razak dan kerajaannya.

Sekarang ini, perbuatan mengambil kesempatan tidak hanya dilakukan oleh mereka yang bermata sepet, sebaliknya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, pun sama naik dengan puak-puak yang sudah lama menghisap darah rakyat Malaysia.

Bukti terbaru ialah ancaman daripada sebuah persatuan pengendali bas ekspress yang tidak peduli dengan rayuan daripada arahan daripada pihak kerajaan agar tidak menaikkan tambang. Persatuan tersebut bertegas untuk mengenakan tambahan bayaran tambang sebanyak 30% dengan alasan skeptik iaitu peningkatan kos.

Walau apa pun alasannya, sebenarnya yang menjadi kuasa, bukanlah kerajaan mahupun puak-puak pembekal perkhidmatan atau orang tengah. Sebaliknya yang benar-benar berkuasa dalah orang awam dan pengguna. Sebarang tindakan bijaksana dan bersepadu daripada pengguna, akhirnya menyebabkan puak-puak yang sangat sombong dan suka menghisap darah itu akan terpaksa mencari kerja atau perniagaan lain.

Mengapa tidak digunakan kuasa yang ada pada setiap daripada kita berbanding menyalahkan Najib Abdul Razak dan kerajaannya kerana kenaikan harga barangan serta perkhidmatan seperti tambang bas ekspress?


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger