Label 10

Home » , » #KL622 UpDate : Husam Bayar 10 Peguam Untuk Kes Hasutan ?!

#KL622 UpDate : Husam Bayar 10 Peguam Untuk Kes Hasutan ?!

Written By AAKJ on Sunday, June 23, 2013 | 11:30 PM

Husam Musa direman dua hari mulai Ahad untuk siasatan mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 berkaitan kenyataannya mengenai ‘mati syahid’ baru-baru ini.
Perintah tahanan reman sehingga esok itu dikeluarkan Majistret, Nik Habri Muhamad di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Baru di mana Husam ditahan.
Polis membuat permohonan untuk menahan reman Husam yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Salor melalui Pegawai Penyiasat ASP Noland A/L Janah.
Husam, 54, ditahan pada 4 petang Sabtu di Kampung Pandan, Ampang, Selangor oleh polis Bukit Aman dan kemudiannya dibawa ke Kota Baru malam Sabtu.
Husam seperti dilaporkan dalam Harakahdaily Ahad lalu berkata, peserta yang terkorban ketika menyertai perhimpunan Black 505 di Padang Merbok di sini Sabtu dianggap sebagai ‘mati syahid’.
Bercakap kepada pemberita, Peguam Hisham Fauzi berkata seramai 10 peguam akan mewakili Husam bagi kes tersebut.
Wartawan dan jurugambar tidak dibenarkan memasuki IPD berkenaan yang dijadikan mahkamah majistret sementara. 

-mynewshub
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger