Label 10

Home » , , » #KL622 : Polis Buru Kumpulan Cederakan 2 Anggota DBKL (Video Muka Wanted)

#KL622 : Polis Buru Kumpulan Cederakan 2 Anggota DBKL (Video Muka Wanted)

Written By AAKJ on Sunday, June 23, 2013 | 11:00 AM


Polis sedang memburu kumpulan yang terlibat mencederakan dua anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semasa perhimpunan haram di Padang Merbok di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, sekumpulan peserta dipercayai daripada Solidariti Mahasiswa Malaysia menyerang dua anggota terbabit ketika cuba menghalang kumpulan itu untuk mendirikan beberapa buah khemah.

"Keadaan menjadi kecoh dan anggota DBKL itu telah dikasari dan dipukul," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh menasihatkan orang ramai tidak menyertai perhimpunan hari ini setelah pihaknya mendapat maklumat yang pihak penganjur mengarahkan semua peserta perhimpunan mencetuskan provokasi terhadap pihak berkuasa.


foto hiase je tu..tuuuiHH !!

Video Anggota DBKL kena pukul ada d SINI
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger