Label 10

Home » , » Kecewa Suspek Pembunuh Anaknya Bebas, Bapa Cuba Terjun Dari Mahkamah Alor Star

Kecewa Suspek Pembunuh Anaknya Bebas, Bapa Cuba Terjun Dari Mahkamah Alor Star

Written By AAKJ on Wednesday, June 26, 2013 | 1:04 PM

Kecewa Suspek Pembunuh Anaknya Bebas, Bapa Cuba Terjun Dari Mahkamah Alor Star
Alor Setar – Seorang lelaki yang gagal mengawal emosi setelah tertuduh kes pembunuhan anak perempuannya dibebaskan daripada tuduhan itu, cuba terjun dari Kompleks Mahkamah Alor Setar di sini, semalam.
Chee Ah Sau, 57, yang kelihatan murung selepas keluar dari Mahkamah Tinggi 4 dengan mata merah dan berair, meluru ke arah kerusi di luar Mahkamah Tinggi 3 sebelum memanjat dan cuba terjun dari bangunan dua tingkat itu.
Bagaimanapun, dia diselamatkan beberapa petugas media yang berjaya menariknya sebelum menenangkannya beberapa minit kemudian.
Gagal buktikan kes prima facie
Terdahulu, Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab, melepas dan membebaskan Shahril Jaafar, 32, daripada tuduhan membunuh Eksekutif Pemasaran, Chee Gaik Yap, 25, (ketika kejadian) di kawasan Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani, antara jam 5.30 petang, 14 Januari 2006 hingga jam 3.05 pagi 15 Januari 2006.
Tertuduh, seorang jurujual yang juga anak kepada seorang ahli perniagaan bergelar Datuk, dibebaskan selepas Mohd Zaki mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Mohd Zaki dalam penghakimannya, berkata kes yang dikemukakan pihak pendakwaan gagal membuktikan tertuduh melakukan perbuatan itu kerana ia antaranya hanya bersandarkan kepada fakta bahawa tertuduh tinggal berhampiran tempat kejadian ketika kejadian itu.
Katanya, pihak pendakwaan juga gagal membuktikan Shahril yang memandu kereta model NAZA bercermin gelap milik bapa tertuduh seperti yang dilihat oleh saksi di kawasan itu pada hari kejadian.
“Laporan patologi juga menunjukkan kecederaan di kemaluan Gaik Yap bukan penyebab kematiannya, sebaliknya disebabkan oleh tikaman di bahagian leher kanan.
“Laporan kimia menunjukkan DNA tertuduh berbeza dengan sampel air mani yang ditemui di kemaluan mangsa dan mahkamah tidak menolak kemungkinan wujudnya penderma ketiga,” katanya.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Razali Che Din, manakala tertuduh diwakili Shamsul Sulaiman.
-mynewshub
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
June 27, 2013 at 1:25 AM

peguam pr tknk bt inkues ke...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger