Label 10

Home » , » Karpal Takut Nak Boikot Angkat Sumpah ?!! Takut Duit Gaji HIlang ?!

Karpal Takut Nak Boikot Angkat Sumpah ?!! Takut Duit Gaji HIlang ?!

Written By AAKJ on Sunday, June 16, 2013 | 5:00 PM


Pengerusi DAP, Karpal Singh (gambar) memberi jaminan semua ahli Parlimen parti itu akan menghadiri majlis angkat sumpah di Dewan Rakyat pada 24 Jun ini.

Sehubungan itu, Karpal berkata, beliau menolak cadangan mana-mana pemimpin pembangkang termasuk Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua supaya memboikot majlis berkenaan.

"Tindakan itu (memboikot) adalah tidak masuk akal. Semua ahli Parlimen DAP yang dipilih pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu pasti akan hadir dan saya tidak bersetuju dengan cadangan memulaukannya," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Baru-baru ini, Tian Chua mencadangkan supaya ahli Parlimen pembangkang memboikot majlis berkenaan namun dikritik Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kmaruddin yang menyifatkannya sebagai tidak menghormati pengundi.

Mengulas lanjut, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, beliau tidak nampak keperluan untuk DAP mengikut saranan Tian Chua selain yakin Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga akan hadir.

"Anwar juga memberi jaminan bahawa semua ahli Parlimen PKR juga akan hadir angkat sumpah," katanya.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger