Label 10

Home » , » Jonker Walk Melaka Di Tutup !! Tahniah Kerajaan BN Melaka !!

Jonker Walk Melaka Di Tutup !! Tahniah Kerajaan BN Melaka !!

Written By AAKJ on Tuesday, June 25, 2013 | 6:00 PM


Kerajaan Negeri Melaka di bawah kepimpinan Ketua Menteri,Datuk Idris Haron telah mengambil keputusan untuk menutup pasar malam Jonker Walk yang terletak di tengah-tengah bandar Melaka. 

Keputusan untuk menutup Jonker Walk diputuskan dalam mesyuarat exco Melaka 12 Jun yang lepas kerana menghormati kehendak majoriti rakyat Melaka.

Perniagaan di Jonker Walk dimonopoli oleh peniaga-peniaga cina dan kawasan tersebut telah dicinakan sepenuhnya oleh mereka. 

Antara penyebab utama utama pasar malam Jonker Walk ditutup kerana masalah kesesakan lalu lintas, peniaga tiada lesen dan menjual barangan tiruan. 

Sekarang DAP Melaka sedang melalak-lalak membantah penutupan pasar malam tersebut. DAP kata Ketua Menteri Melaka tidak demokratik dan berdendam kepada pengundi-pengundi cina Kota Melaka. Lihat sini

Ini bukan soal dendam, ini soal kamu tidak mematuhi peraturan dan undang-undang. Kamu berniaga tanpa lesen dan jual barang tiruan, itu satu kesalahan. 

Jika Lim Guan Eng boleh aniaya peniaga-peniaga melayu di Pulau Pinang, apa jadi masalah kalau Idris Haron tutup Jonker Walk ? Lagi pun ianya terletak di tengah-tengah bandar Melaka dan mengganggu kelancaran trafik. Di Pulau Pinang orang melayu meniaga tepi pantai yang tak kacau lalu lintas pun  Guan Eng boleh tutup. Apa lagi orang yang meniaga tengah-tengah bandar ? 

Akhir kata sekalung tahniah diucapkan kepada Datuk Idris Haron kerana telah mengambil satu langkah drastik yang cukup tepat. Kita amat-amat berharap kerajaan negeri-negeri lain dapat mengambil langkah yang sama sepertimana yang dilakukan oleh Kerajaan Melaka. Beri bantuan, beri pertolongan dan beri peluang kepada orang yang menolong kita. Apa guna kita beri peluang kepada orang yang menuduh kita zalim, kita kejam, kita rasuah dan sebagainya. Kita tolong macamana sekalipun mereka tetap akan tuduh kita zalim.  Jadi lebih baik kita betul-betul zalim. 

Inikalilah....Lain Kali Laah !!

Kita masih menunggu tindakan kerajaan terhadap lubuk kegiatan haram di Petaling Street...

sumber
Share this article :

+ comments + 1 comments

June 25, 2013 at 11:08 PM

Oh....rupa2nya jersi yg jual kat Danau Kota adalah Original....

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger