Label 10

Home » , » Jonker Walk : 300 Penjaja Cina, Pusat Barangan Tiruan & Bandar Salib ?

Jonker Walk : 300 Penjaja Cina, Pusat Barangan Tiruan & Bandar Salib ?

Written By AAKJ on Friday, June 28, 2013 | 11:30 AM

Cuba tengok pada gambar. Jonker Street ini kononnya Chinatown tetapi pengaruh Kristian juga ketara. Jadi ini sudah Chinatown 2.0 reformat, kot?

Lambang salib ada di belah kanan gambar terpacak atas bangunan.


Sumber gambar: http://musartworks.files.wordpress.com/2011/08/img_6104.jpg
Senior Photographer of MUSARTWORKS STUDIO
http://www.musartworks.com
http://www.fb.com/musartworksphotography
Mus: +60199111417 / +60199111817
email us at: hello@musartworks.com



Blogger Mesin Taip Buruk turut memuat-naik gambar yang sama. Beliau juga berkata:

“Dan Jonker Walk bukan sahaja dipertahankan oleh DAP, malahan MCA dan Gerakan, parti-parti yang dikuasai oleh orang Cina. Tidak cukup dengan itu, semua media berbahasa Cina dan dimiliki kaum itu, termasuk Malay Mail(akhbar Melayu yang kini dikuasai Cina).”
Nanti Umno dituduh punca kemalangan


Lim Guan Eng berkata semalam bahawa keputusan pusing balik kerajaan Melaka untuk membenarkan para peniaga terus beroperasi dengan keadaan Jonker Walk dibuka untuk lalulintas akan menjejaskan keselamatan awam — teks penuh kenyataan akhbar setiausaha agung DAP itu disalin-tampal di kaki halaman.

Yang Guan Eng cakap pun ada betulnya. (Ya lah, sekali-sekala dia ada sebut yang masuk akal.)

Bayangkan kanak-kanak yang dibawa ke pasar malam itu terdedah kepada kenderaan sibuk lalu lalang. Malang tak berbau dan nanti kalau terjadi mana-mana anak kecil digilis kereta, pasti Umno yang disalahkan juga.
“Chinese discriminated and oppressed”

Meninjau sejenak pandangan Annie, ‘Bitching about annoying people‘.

Annie telah memblog hari ini tentang kelompok-kelompok yang lebih sudu dari kuah:

“DAP-supporting Chinese who are still bitching that they were being discriminated and oppressed after that Chinese tsunami stunt they pulled at GE13. The latest example is the Jonker Walk issue in Malacca. Honestly, I don’t think Datuk Idris Haron who looks a bit like a Japanese villain in a Chinese 1970s movie really give a shit about the protests of the Chinese over the issue.



“After all, the Chinese are still going to vote DAP en-bloc in the next general election. Well, what the heck, all these past five years while all efforts were being made to please their community, most Chinese had insisted that the Malays of Umno are bad people. Now, may as well they be real bad people.Bagi semua puas hati. Nothing to lose, what. At least can see the Chinese sakit hati sikit. Hari itu they all sudah buat kita sakit hati, ini kali lah, kita pun buat mereka sakit hati juga.”

Maksud Annie ialah tiada apa-apa lagi untuk takut rugi kerana masyarakat Cina sudahpun begitu yakin bahawa Melayu Umno adalah orang jahat sejahat-jahatnya. Kalau sekian lama dituduh jahat, baik tunjuk jahat sahaja kepada golongan Cina dan bagi semua pihak puas hati.

Cuba anda baca kenyataan akhbar Guan Eng di bawah yang mendakwa Umno pelampau, main politik berdendam serta menzalimi kaum Cina yang tidak pernah bersalah apa-apa.

Bak seperti kata Annie, penyokong Cina DAP ini asyik merintih bahawa mereka ditindas dan dianiaya. Nampaknya mereka-mereka itu memang mahu serta meminta untuk ditindas dan dianiaya — lepas itu baru lah boleh dibuktikan bahawa apa yang sering dipercakapkan selama ini adalah gambaran yang sahih belaka.

*** *** ***
Kempen Selamatkan Jonker Walk :

Kenyataan media (27 Jun 2013)
Oleh Lim Guan Eng

Datuk Idris Haron bukan sahaja mesti membuktikan bahawa 1Malaysia masih bernyawa malah perlu menunjukkan bahawa beliau adalah Ketua Menteri Melaka untuk semua dan bukan sahaja penyokong BN, dengan menarik balik arahan untuk membuka laluan trafik kerana ia akan menghancurkan karakter dan identiti laluan kebudayaan Jonker Walk.

.
Ketua Menteri Malaka Datuk Idris Haron telah mengejutkan bukan sahaja rakyat Malaysia biasa malah pemimpin dan penyokong BN sendiri dengan tindakan politik balas dendam yang akan memberi akibat buruk kepada sektor industri pelancongan Melaka serta memulakan politik ekstrimis dan membunuh konsep 1Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Dengan membenarkan aliran trafik dibuka semula di Jonker Walk yang telah ditutup pada hujung minggu untuk 13 tahun yang lalu, Idris dengan jayanya menutup periuk nasi 300 pekedai di laluan kebudayaan Jonker Walk yang terkenal, dan mempamerkan warisan dan nilai pelancongan di Melaka.
.
Kedua-dua Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dan Ketua Pengarah Kementerian Pelancongan Datuk Mirza Mohammad Taiyab membantah tindakan Idris dengan mengatakan bahawa Jonker Walk adalah destinasi pelancongan utama di Melaka dan terlalu penting untuk ditutup kerana akan memberi kesan negatif terhadap pelancongan. 

Tiada justifikasi untuk menutup sebuah pusat tarikan pelancong, serta tapak kebudayaan dan warisan yang beroperasi dengan jayanya selama 13 tahun kecuali atas sebab balas dendam politik yang penuh emosi dan tidak rasional kerana BN kehilangan undi dan kerusi di Melaka dalam PRU yang lalu.
.
Cubaan Idris untuk meloloskan diri daripada krisis yang diciptanya sendiri dengan mengatakan bahawa para peniaga masih boleh beroperasi dengan keadaan Jonker Walk dibuka untuk lalulintas adalah sangat tidak bertanggungjawab dan tidak rasional kerana initidak mengambil kira keselamatan awam, termasuk peniaga dan pengunjung. 

Jelas sekali Idris tidak hanya enggan mendengar suara rakyat dan peniaga malah Menteri Pelancongannya sendiri serta pegawai senior pelancongan. Idris begitu bersungguh mahu memperlihatkan dirinya sebagai seorang hero ekstrimis supaya beliau dapat memperlihatkan prestasi yang baik dalam pemilihan Umno tahun ini.
.
Dengan kedegilannya untuk terus membuka Jonker Walk kepada trafik, Idris hanya sedang memudaratkan pelancongan Melaka ibarat membakar kelambu kerana marahkan nyamuk atau seperti meludah ke langit. Idris Haron bukan sahaja mesti membuktikan bahawa 1Malaysia masih bernyawa malah perlu menunjukkan bahawa beliau adalah Ketua Menteri Melaka untuk semua dan bukan sahaja penyokong BN, dengan menarik balik arahan untuk membuka laluan trafik kerana ia akan menghancurkan karakter dan identiti laluan kebudayaan Jonker Walk.
.
Idris mesti mengambil nasihat Menteri Persekutuannya sendiri kerana jika tidak, beliau mestilah memikul tanggungjawab penuh di atas akibat daripada tindakan tersebut. DAP menyokong penuh tindakan para peniaga untuk terus beroperasi seperti mana yang telah mereka lakukan untuk 13 tahun lalu tanpa sebarang aduan daripada komuniti Melayu mahupun bukan Melayu.
.
Pemimpin dan wakil rakyat DAP di Melaka akan terus memantau perkembangan hujung minggu ini dan mempertimbangkan untuk berkempen menyelamatkan Jonker Walk dan melakukan protes terhadap politik balas dendam ke atas pengundi yang tidak bersalah oleh pihak BN.



(sumber: limguaneng.com)


Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
June 28, 2013 at 2:40 PM

apa pun alasan.. pasti ada tekanan dr atas. cukup cukup la nazri beri muka kat cina..dr dulu tak berubah..kisah anak cina yg dilayan tu pun dah memualkan..belum lagi kisah lain.

najib pun belum nampak perubahan nyata.. dah terang terang undi cina ke dap masih lagu lama. org melayu yg undi di atas..org melayu ni juga memkn rasa. aneh manusia ni bila ada yg org bawah beri teguran beri nasihat.. pasti ada yg atas kata ada pihak tertentu cuba mengeruhkan keadaan. Maknanya apa???? adakah yg atas boleh buat apa saja. cubalah anda yg di atas berubah..dgrlah keluhan yg bawah.

Kerana buruknya sikap pemimpin pembangkang sebabtu Umno BN masih menang.. mereka undi lambang bkn org. bayangkan yg atas berubah tentulah lebih byk org melayu bumiputera menyokong BN. Apa pun tuduhan pembangkang tdk akan terpengaruh.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger