Label 10

Home » » Hiway Rakyat Kelantan : Duit Kutipan Hanya RM 2 Juta ?

Hiway Rakyat Kelantan : Duit Kutipan Hanya RM 2 Juta ?

Written By AAKJ on Tuesday, June 18, 2013 | 11:00 AM


Sebanyak RM2.6 juta dikutip daripada orang ramai sehingga Mei lalu bagi membina lebuh raya rakyat antara Kota Bharu-Kuala Krai yang dianggarkan bernilai RM2 bilion, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan diberitahu, hari ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat Negeri, Hanifa Ahmad, berkata kerajaan negeri yakin mampu mengutip sebanyak RM50 juta tidak lama lagi bagi kos pembinaan lebuh raya berkenaan. 

"Ini kerana kita yakin bukan saja rakyat Kelantan yang membantu tetapi juga daripada seluruh rakyat Malaysia. Kita juga dimaklumkan ada penderma dari negara Arab yang akan memberikan derma untuk itu," katanya ketika menjawab soalan Mohd Fauzi Abdullah (PAS-Manek Urai). 

Hanifa berkata, pakej pertama pembinaan lebuh raya berkenaan dari Machang ke Kuala Krai membabitkan sepanjang 29 kilometer itu akan bermula bulan depan. 

Ketika menjawab soalan Datuk Noor Zahidi Omar (BN-Pengkalan Kubor), Hanifa berkata, fasa pertama pembinaannya dijangka dapat disiapkan dalam tempoh tiga tahun lagi. 

Hanifa berkata, kerajaan negeri bagaimanapun sedia bekerjasama dengan kerajaan pusat yang sanggup bersama-sama meneruskan lebuh raya berkenaan sepanjang 73 kilometer. 

Kerajaan Kelantan pada Mei tahun lalu melancarkan pembinaan lebuh raya berkenaan yang dianggarkan menelan belanja RM2 bilion yang akan dikutip daripada derma orang ramai. 

Sementara itu, kerajaan negeri juga menafikan mengambil tanah rakyat terutama tanah adat masyarakat Orang Asli dalam melaksanakan Ladang Rakyat di negeri ini. 

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, berkata tanah ladang rakyat seluas lebih 25,000 hektar itu ialah tanah kerajaan yang terletak berhampiran penempatan masyarakat itu. 

Baca selanjutnya d SINI
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
June 18, 2013 at 12:42 PM

akhirnya terpaksa berkrjasama dengan kerajaan pusat juga..50%-50% ker atau kerajaan pusat kena bagi 90%-10%?

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger