BEKAS Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan dipetik akhbar pro pembangkang The Malaysian Insider sebagai berkata “Generasi muda Cina membenci rasuah. Apabila orang Melayu rasuah, mereka mengganggap seperti menjual hak kepada orang lain dan akibatnya mereka tidak menghormati orang Melayu”.
Sekurang-kurangnya itu yang dipetik, penulis tidak ubah satu ayat pun.
Ada juga yang pertikai sama ada benar Musa Hasan berkata begitu atau The Malaysian Insider yang buat kesimpulan sendiri, penulis tidak pasti.
Setakat yang penulis periksa dari banyak sumber, tidak berjumpa ayat yang begitu keluar dari mulut Musa, rasanya The Malaysian Insider guna modus operandi biasa, petik kenyataan orang Melayu, guna wartawan Melayu untuk tulis artikel tersebut dan tuduh orang Melayu rasuah.
Dalam erti kata lain, The Malaysian Insider yang dikuasai pembangkang ini cuba main isu perkauman tapi dalam cara yang tersembunyi dan tidak terang-terangan. Tak mengapalah, cuma jangan ingat dia seorang saja tahu, kita pun bijak jugak.
Rasanya golongan muda Cina hari ini pun tak bodoh sangat untuk tahu, kalau orang Melayu dikatakan tak layak dihormati kerana makan rasuah (memetik kata Musa Hasan dalam The Malaysian Insider), orang mana pulak yang banyak beri rasuah?
Ayat macam “Ala latuk, biasalah, lu senang wa senang”, “kawan, kita kila belakangla, apa mau susah-susah, lu pun mau kaya maa” dan yang seumpama dengan itu, orang mana pulak yang mula?
Cuma masalah di negara kita, pemberi dan pemakan rasuah jarang yang di dakwa sekali kerana pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) - yang ada paling banyak lembaga penasihat yang dipertikaikan keberkesanannya (salah seorang daripadanya adalah blogger) ini, perlu salah seorang untuk dijadikan saksi di Mahkamah.
Dalam keadaan biasa, pemberi rasuah dijadikan agen provokator untuk memerangkap pemakan rasuah atau vice versa, tak pernah yang dua-dua sekali ditangkap. Walhal, patut dua-dua sekali kena, barulah bila ada kes rasuah keluar dalam TV, bukan muka orang Melayu saja keluar, muka orang yang lagi satu pun ada juga.
Tak bolehlah kata yang makan rasuah saja golongan muda Cina tak hormat, yang banyak beri rasuah kita nak kena hormat? Kalau ikut logik, dua-dua pun tak layak dihormati. Musa Hasan pun tahu, dia bukan bodoh lagu tu.
Oh ya, cakap pasal blogger itu, dia baru-baru ini dok sibuk mempertikaikan penasihat Perdana Menteri, dia terlupa yang dia pun penasihat juga di SPRM. Sebelum pertikai penasihat orang, apa sumbangan dia sebagai ahli lembaga penasihat di SPRM? Kalau takde sumbangan, letak jawatan sajalah.
+ comments + 3 comments
Sbb tu bila kena tangkap,tangkap sekali yg memberi bkn penerima je yg kena.lepas tu plak..hebohkan satu malaya pemberi rasuah bangsa mana.
Ni tak asik mention org melayu je rasuah.pd hal yg bg tu yg lg teruk
kaum mana yang selalu tawarkan rasuah dan perniagaan siapa yang selalu perlu dilindungi?
kebiasaannye yg terima banfsa melayu sbb bangsa mwlayu berada dalm jawatan penguatkuasa atau yang meluluskan sesuatu perkara seperti peemit lesen atau sebagainye.yang memberi pulak bangsa xina.sbb mereka hendakkan lesen atau permit tersebut.buat cam saya yang tak pernaj terima dan.memberi rasuah.caranye buat ikut prosedur setiap jabatan.dan jangan langgar peraturan.jika pegawai uang mengendalikan urusan itu lembab.sekolah kan terus depan staf yg lain.nak marah..... laporkan kat sprm.tapi pernah saya tak dapat tanah yang saya pohon sebb tak bagi rasuah.goti juga saya pernah tak dapat rumah kedai sbb tak bagi rasuah.alhamdullilah takat ni saya masih bole dapat kedua2 benda twraebut walau di tempat lain tanpa rasuah.rayanye yg teeima rasuah tu pun tak kaya mane pun.sebab kebiasaan yang terima rasuah ni takut bini kalau lelaki la.nak puaakan nafsu haloba.isteri sanggup suami jadi penerima rasuah.....
Post a Comment