Persidanga n Dewan Rakyat Ke-13: Marilah Kita Sama-Sama Bekerja Untuk Kesejahter aan Rakyat
Seperti mana yang anda sedia maklum, Parlimen Malaysia ke-13 telah mula bersidang Isnin lepas. Saya amat berbesar hati untuk mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli parlimen yang telah dipilih oleh anda, pengundi-pengundi berdaftar dalam negara kita ini.Seorang ahli parlimen adalah ahli majlis perundangan persekutuan yang juga dikenali sebagai Dewan Rakyat. Dewan Rakyat bertanggungjawab untuk mencadang, membahas, merangka serta meluluskan rang undang-undang demi kepentingan bersama seluruh rakyat jelata. Ahli-ahli parlimen juga memegang peranan untuk mengkaji pelan ekonomi, bajet kerajaan serta mengkaji undang-undang sedia ada demi memperbaikinya, dan kami juga perlu mendapat maklum balas anda dari kawasan parlimen yang diwakili masing-masing.
Bagi pihak diri saya sendiri dan kerajaan Barisan Nasional, perlu rasanya saya panjangkan rasa penghargaan kepada anda yang telah memberikan mandat kepada saya dan Barisan Nasional untuk terus mentadbir negara. Sesungguhnya kepercayaan yang anda berikan tidak sama sekali akan disia-siakan oleh barisan pemimpin-pemimpin di bawah tunjang kepimpinan Barisan Nasional.
Bagi diri saya dan ahli-ahli parlimen Barisan Nasional, keutamaan kami pada sidang Dewan Rakyat ke-13 ini tertumpu kepada usaha-usaha menunaikan AkuJanji Barisan Nasional, selain itu juga kami akan komited untuk menyediakan pelan bajet yang terbaik untuk rakyat Malaysia menjelang pembentangan Bajet 2014 pada bulan Oktober ini.
Perbincangan tentang Bajet 2014 akan bermula minggu depan. Saya bagi pihak kerajaan berbesar hati untuk menjemput rakyat jelata menyuarakan pandangan serta pendapat bernas berhubung pelan belanjawan negara untuk tahun depan. Sesungguhnya kami komited untuk terus mendengar suara rakyat, dan kami akan meletakkan kepentingan rakyat jelata sebagai teras kukuh dalam rangka perbelanjaan tahunan negara.
Klik di sini untuk membaca lanjut mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan & rakyat membawa kesejahteraan bersama.
Najib Razak
Post a Comment