Label 10

Home » » Bayi Ini Bukan Anak Farid Kamil ?

Bayi Ini Bukan Anak Farid Kamil ?

Written By AAKJ on Monday, June 10, 2013 | 1:00 PM

farid

Semalam peminat industri hiburan tempatan dikejutkan dengan sekeping foto yang dimuat naik menerusi laman Instagram milik pelakon dan pengarah terkenal, Farid Kamil dengan caption berbunyi :
Welcome to the world my boy..#baby
Foto tersebut bagaimanapun telah menimbulkan pelbagai spekulasi peminat, di mana ada yang melahirkan rasa gembira atas kelahiran cahaya mata pertama itu dan ada juga mempertikaikan status sebenar kelahiran bayi berkenaan.

1

Dalam pada itu, menerusi foto berlainan, Fadzil Zahari terlebih awal memuat naik sekeping foto bayi lelaki menerusi laman Instagramnya pada 25 Mei lalu, dan melalui foto berkenaan Fadzil telah memaklumkan bahawa bayi itu adalah anak kepada adik lelakinya, Anis Anwar.

2

3
Foto bayi lelaki adik Fadzil, Anis Anwar
Apa yang menimbulkan kekeliruan peminat di sini adalah, adakah kedua-dua foto bayi lelaki tersebut adalah anak adik mereka atau mungkinkah benar salah sebuah foto bayi lelaki yang dimuat naik oleh Farid itu sememangnya anak sulungnya bersama Diana?
OHBULAN! sendiri masih mencari kepastian berhubung spekulasi berkenaan dan semalam kami telah cuba menghubungi Fadzil, akan tetapi panggilan telefon kami tidak mendapat sebarang respon.
Namun, menerusi pengamatan kami, balutan yang dipakai oleh bayi tersebut adalah sama dan kelihatan potongan wajah bayi yang didukung oleh Farid dan Fadzil juga tidak banyak beza.
Terpulang pada pembaca sendiri untuk menilai, apa pun kita nantikan sahaja kenyataan daripada Farid dan Diana. 

-mynewshub
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger