Label 10

Home » » Bapa Di Tetak Hingga Putus Kepala Kerana Merogol Anak Sendiri

Bapa Di Tetak Hingga Putus Kepala Kerana Merogol Anak Sendiri

Written By AAKJ on Monday, June 17, 2013 | 12:00 PM

Remaja Tetak Bapa Hingga Putus Kepala


Port Moresby – Seorang remaja perempuan menetak kepala bapanya hingga putus dengan pisau memburu selepas lelaki terbabit memperkosanya di kediaman mereka di kawasan tanah tinggi di Papua New Guinea.

Kejadian itu mendorong penduduk di desa itu membentuk rangkaian perlindungan bagi remaja berusia 18 tahun berkenaan serta enggan menyerahkan mangsa kepada polis kerana percaya bapanya yang jahat itu memang patut mati.

Pemimpin gereja tempatan, Paderi Lucas Kumi dari Desa Rang di Western Highlands berkata, masyarakat enggan membenarkan remaja itu disiasat pihak berkuasa. Menurutnya, penduduk dan pemimpin di kawasan itu pergi melihat mayat tanpa kepala bapa mangsa selepas remaja terbabit melaporkan kejadian kepada mereka dan menjelaskan alasan dia membunuh bapanya.

Kumi memberitahu akhbar Post Courier, bapa mangsa berusia pertengahan 40-an merogol anak perempuannya ketika mereka tinggal berdua di rumah selepas isteri dan dua lagi anaknya melawat saudara mereka pada malam kejadian. “Bapa mangsa memasuki biliknya pada tengah malam dan merogolnya berulang kali. “Bapanya mahu merogol mangsa sekali lagi pada waktu pagi dan ketika itu mangsa mengambil pisau memburu dan menetak kepala bapanya,” kata Paderi Kumi.

“Kami semua bersetuju remaja itu bebas untuk tinggal di sini kerana bapanya memang patut mati. “Mangsa melakukan pembunuhan kerana dia trauma dan tidak suka perbuatan jahat bapanya.
Sebab itu kami setuju dia diberi perlindungan,” katanya.

Menurutnya, remaja itu diletakkan dalam rangkaian perlindungan dan dia disembunyikan daripada pihak berkuasa.

Sementara itu, mayat bapa mangsa juga tidak akan dikebumikan mengikut adat. – Daily Mail



mynewshub

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger