Label 10

Home » » Terkini !! Suspek Yang Tembak Timbalan Ketua Pengarah Kastam Di Tangkap !!

Terkini !! Suspek Yang Tembak Timbalan Ketua Pengarah Kastam Di Tangkap !!

Written By AAKJ on Sunday, May 12, 2013 | 1:28 PM




KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditahan untuk membantu siasatan berhubung kejadian kes tembak melibatkan Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim di Putrajaya pada 27 April lalu.

Menurut kenyataan akhbar dari Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, lelaki berumur 56 tahun itu ditangkap di Petaling Jaya pada jam 8.30 pagi semalam.

“Suspek akan dibawa ke mahkamah untuk dipohon tahanan reman pada hari ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ,” kata Mohmad.

Dalam kejadian tersebut, mangsa yang bertugas Bahagian Perkastaman/Cukai Dalam Negeri maut ditembak sebanyak tiga kali oleh dua lelaki bermotosikal ketika beliau menuju ke pejabatnya.

Sementara itu, dalam perkembangan kes berasingan, dua lelaki ditahan berhubung satu kes tembak membabitkan mangsa yang bekerja sebagai tukang gunting rambut di Bulatan Billion, Cheras pada pagi 26 April lalu.

“Suspek berumur 35 dan 40 tahun itu akan direman sehingga Rabu ini untuk membantu siasatan kes tersebut,” katanya lagi.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger