Label 10

Home » , » #PRU13 : BN Selangor Hingga Kini Menguasai 31 Kerusi DUN !!

#PRU13 : BN Selangor Hingga Kini Menguasai 31 Kerusi DUN !!

Written By AAKJ on Saturday, May 4, 2013 | 10:00 PM




PADA malam 8 Mac 2008, selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 diumumkan, seorang pesara tentera di Ijok terkedu apabila diberitahu, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok telah dimenangi oleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekaligus menyaksikan Barisan Nasional (BN) Selangor tumbang ditangan pembangkang.
 
Penyesalan mula timbul walaupun beliau enggan mengundi semata-mata untuk menyampaikan suatu mesej kepada kepimpinan Umno dan kerajaan. Tidak pernah walau sekalipun sepanjang hayatnya tidak mengundi atau mengundi parti selain yang berlambang dacing.
 
Beliau adalah salah satu contoh daripada ribuan rakyat di Selangor ketika itu yang mengambil langkah untuk tidak mengundi atau pun memberi undi kepada pembangkang sebagai tanda protes terhadap kerajaan.

Natijahnya, Abdul Khalid yang tidak dikenali oleh masyarakat Ijok berjaya menewaskan calon BN, Datuk Mohamad Sayuti Said yang merupakan seorang bekas guru agama di situ dengan majoriti 1,920 undi.

Di peringkat parlimen Kuala Selangor pula, seorang "pendatang asing" dari Negeri Sembilan yang mewakili PAS, Dr Dzulkefly Ahmad berjaya menjadi wakil rakyat kawasan itu setelah mengalahkan seorang pemimpin Umno tempatan, Jahaya Ibrahim dengan majoriti hanya 860 undi sahaja.

Bukan satu angka yang besar jika hendak dibandingkan dengan keseluruhan pengundi ketika itu yang berjumlah 47,203 pengundi. Tetapi jika dilihat keputusan pilihan raya pada 2004, terdapat perubahan hakisan sokongan yang begitu dasyat terhadap BN.
 
Wujud peralihan undi sekitar 14,500 yang beralih daripada menyokong BN kepada pembangkang. Pesara tua yang kecewa itu adalah antara pengundi yang telah memenangkan bekas ahli parlimen BN di situ yang mendapat majoriti 13,662 undi.

Pada pilihan raya 2004, BN meneruskan kesinambungan majoriti dua pertiga parlimen dan dianggap sebagai pencapaian terbaik dalam sejarah disebabkan wujudkan persepsi positif terhadap kerajaan dalam kalangan orang seperti pesara itu.

Bagaimanapun, disebabkan keangkuhan politik sehinggakan pemimpin utama negeri Selangor ketika itu, tergamak memberi penyapu kepada orang bawahannya telah mewujudkan mood negatif, bukan sahaja kepada pesara tetapi jutaan rakyat yang lain.

Kenaikan harga minyak dan barangan serta perkhidmatan yang semakin tidak terkawal telah meruncingkan lagi keadaan sehingga mewujudkan satu fenomena di mana kerajaan dilihat tidak mempunyai rasa belas kasihan terhadap rakyat.

Sentimen mula bertukar.Rakyat nekad untuk menghukum kerajaan disebabkan kos sara hidup yang tinggi di Lembah Klang walaupun mereka tidak mengetahui apa akibatnya.

Rakyat benar-benar menterjemahkannya pada pilihan raya 2008 apabila BN hanya memperoleh 140 kerusi Dewan Rakyat berbanding kemenangan 198 kerusi pada 2004. Malah BN turut tewas banyak kerusi DUN sehingga mereka hilang penguasaan ke atas negeri Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Perak dan selain gagal merampas Kelantan.

Pepatah Melayu ada mengatakan "Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari". Perubahan yang diimpikan tidak seperti yang diharapkan.

Kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat yang diterajui PKR gagal memberikan khidmat seperti yang diharapkan oleh rakyat yang dahagakan perubahan.

Bukan sahaja janji-janji pilihan raya tidak ditunaikan, tetapi masalah asas masyarakat seperti sampah juga gagal diselesaikan selain daripada gejala sosial yang semakin kritikal.

Di parlimen Kuala Selangor sebagai contoh, lambakan rumah urut telah mewarnai bandar yang penuh dengan peninggalan sejarahnya. Lebih malang lagi, kesemua rumah urut itu terletak di sekitar pejabat ahli parlimen yang mewakili parti yang kononnya memperjuangkan agama Islam.
 
Gejala moral ini tidak pernah wujud sepanjang pemerintahan BN selama ini. Landskap politik di Selangor kini sudah berubah disebabkan terlalu banyak isu-isu semasa yang melanda negeri pimpinan Abdul Khalid. Ianya disedari pemimpin-pemimpin negeri ketika ini.
 
Abdul Khalid sendiri sedar risiko yang perlu dihadapinya sekiranya kembali bertanding di Ijok sehingga menyebabkan kepimpinan PKR memutuskan beliau di calonkan untuk DUN Pelabuhan Klang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
 
Pesara dan jutaan rakyat Selangor kini insaf dan menyesal. Mereka mula sedar betapa sukarnya hidup di bawah kerajaan pembangkang. Jentera pembangkang tidak sekukuh seperti yang disangkakan.

Walaupun mereka dilihat mempunyai lebih keupayaan dari segi wang untuk berkempen kali ini, rakyat sudah sedar betapa hebatnya kuasa undi protes mereka.

Rakyat sudah melihat dengan jelas, akibat apabila kuasa Umno dan Melayu jatuh. Pemimpin Melayu terpaksa menjadi boneka dan bagaimana ayat Al-Quran digunakan dalam kempen dan kalimah Allah dipersendakan oleh sesetengah pihak.

Rakyat Selangor telah menerima banyak pengajaran sepanjang lima tahun lepas dan PRU13 kali ini adalah masa untuk menebus kesilapan lampau.

Aakj..DUN Seri Setia,Kelana Jaya ?!! perghHH kena kerja keras lagi..masa masih ada..!
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger