KETUA Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa penglibatan Jabatan Perdana Menteri (JPM) membawa masuk 40,000 pengundi ragu dari Sabah dan Sarawak sejak 25 April lalu.
Menurut Anwar, 16 penerbangan sehari dibuat dari Kuching, Kota Kinabalu, Sandakan, Miri dan Sibu menggunakan pesawat jenis Jumbo dan C130 Hercules yang ditempah khas.
“Berdasarkan pengiraan kami, 4,500 dibawa masuk ke KLIA setiap hari. Penerbangan dibuat kecuali pada 1 Mei, dan bermula 25 April lalu.
“Ini bermakna 40,000 individu ragu ada dan masih memasuki melalui KLIA, tak termasuk rakyat asing yang melalui jalan darat, pelabuhan dan fasiliti seperti LCCT,” kata Anwar pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
Menurut Anwar, syarikat penerbangan tambang murah Air Asia dan MAS terlibat selain Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dan Angkatan Tentera Malaysia.
“Kami difahamkan pesawat C130 Hercules milik ATM digunakan untuk membawa pengundi hantu ke lapangan terbang kecil seperti di Batu Berendam (Melaka) dan Ipoh (Perak),” kata Anwar.
Beliau menambah, kemudahan kem Askar Wataniah turut digunakan untuk menempatkan pengundi asing.
Tambah Anwar, beliau turut mendapat maklumat kemasukan secara tiba-tiba warga Thailand, Kemboja, Pakistan dan Myanmar dalam jumlah yang besar di pintu sempadan Bukit Kayu Hitam, manakala kemasukan rakyat asing Indonesia di Pelabuhan Klang.
SEBENARNYA kita tidak tahu mengapa Anwar tiba-tiba boleh jadi segila dan sesewel ini bila membuat segala macam tuduhan tersebut.
Tuduhan puluhan ribu pengundi hantu telah didatangkan dari Sabah dan Sarawak ini merupakan penghinaan TAHAP TERTINGGI pemimpin pakatan itu kepada warga kedua-dua negeri berkenaan.
Tuduhan begini bukan sekali, malahan berkali-kali rakyat di kedua-dua negeri berkenaan dikaitkan dengan pengundi hantu.
Ternyata bencinya Anwar kepada rakyat Sabah dan Sarawak tak pernah pudar dari dulu hingga sekarang.
Hanya kerana mereka ‘fixed deposit’ untuk Barisan Nasional (BN), Anwar telah menghina rakyat Sabah dan Sarawak sampai begitu sekali.
Dakwaan Anwar ini sangat serius, menggambarkan seolah-olah rakyat Sabah dan Sarawak BEGITU MURAH hingga boleh dibeli undi mereka.
Melabelkan mereka dengan gelaran ‘pengundi hantu’ itu sendiri telah merendahkan krediliti dan maruah rakyat Bumi Kenyalang serta Negeri Di Bawah Bayu itu.
Mengenai tuduhan warga asing turut terlibat sebagai pengundi hantu, kami ingin bertanya pada Anwar. Adakah begitu sukar dan sulit bagi SPR serta polis untuk membezakan wajah dan identiti mereka ini di pusat pembuangan undi kelak?
Adakah terlalu sukar untuk membezakan percakapan dan lenggok bahasa para warga asing ini sehingga Anwar begitu yakin yang mereka akan dibenarkan membuang undi pada hari Ahad nanti?
Adakah Anwar nak mengatakan ejen PKR yang dilantik oleh parti itu sendiri di pusat membuang undi nanti terlalu BODOH, BANGANG DAN BAGHAL sehingga tak dapat mengenal pasti mana rakyat tempatan dan mana rakyat asing?
Maaf, fitnah dan tuduhan Anwar ternyata cukup PRA-MATANG dan bersifat keanak-anakan!
Menuduh JPM ‘menyeludup’ pengundi hantu ini melalui Penerbangan Malaysia, Air Asia dan Hercules juga tidak masuk akal sama sekali.
Jumlah beribu-ribu pengundi hantu itu bukan SEDIKIT, kalau benar, tak banyak sikit pasti kita dan orang ramai dapat mengesan kelibat mereka.
Baik di lapangan terbang, di hotel mahupun di kem seperti mana yang didakwa Anwar.
Kami berharap agar Anwar berhentilah daripada terus-terusan menyebar fitnah semacam ini.
Tak perlulah nak mengemukakan gambar lambakan warga asing di lapangan terbang kononnya sebagai bukti kehadiran pengundi hantu.
Untuk makluman Anwar, boleh dikatakan setiap hari lapangan terbang dipenuhi warga asing, sama ada pelancong mahupun pekerja yang masuk ke negara ini atau pulang ke negara masing-masing.
Sebagai ahli politik yang setahun berpuluh kali ke luar negara, rasanya Anwar lebih arif mengenainya…kecualilah beliau sendiri memilih jalan untuk terus membodohkan dirinya sendiri!
+ comments + 10 comments
Atau dia sendiri buat cara mcm tu. Yalah, kan air dah nak masuk hidung kat semenanjung ni. Dengan skandal2 yang tak tertutup, kegagalan mengotakan janji dan mcm-mcm lagi.
BN x payah buat mcm tu, sebab kedudukan selesa sangat sekarang ni. Klu mcm PRU12 mungkin la. Orang ramai tengah marah bapa mertua dengan menantu.
Aku kt klia ni. Mmg bangla ramai. Tapi semua nk balik kpg. Takut kena liwat.
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata "mubahalah" atau bersumpah dengan menjunjung al-Quran adalah cara untuk menentukan kebenaran dan juga sesuatu yang dituntut dalam Islam.
Sambil menyokong cadangan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berhubung perkara itu, beliau berkata melalui cara demikian, Allah SWT boleh melaknatkan mana-mana pihak yang bersalah.
"Dalam Quran sudah menyebut, setelah sudah tiada ikhtiar lagi dalam menyelesaikan kemelut yang memalukan itu, siapa yang tidak bersalah Tuhan tolong," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.
Cadangan Mufti Perlis
Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata demikian sebagai mengulas cadangan Mohd Asri supaya kedua-dua individu yang dikaitkan dengan kes liwat iaitu Penasihat Parti Keadilan Rakyat Malaysia (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan "bermubahalah" atau bersumpah.
Dalam kenyataannya semalam, Mohd Asri berkata isu liwat yang membabitkan Anwar sudah semakin rumit dan rakyat pula menjadi keliru.
Komen Mufti Perak
Manakala Mstar Online melaporkan Mufti Perak, Datuk Seri Dr Harussani Zakaria berpendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengemukakan bukti di mahkamah sekiranya beliau tidak bersalah seperti yang didakwa oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Dr Harussani berkata demikian ketika diminta pendapat beliau tentang cadangan mubahalah (bersumpah) yang dicadangkan oleh Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abdin semalam.
Katanya lagi, "Setiap keterangan yang diberikan perlu dibuktikan. Jika tiada keterangan untuk dijawab, barulah beliau (Anwar) perlu bersumpah."
Sebelum ini, Dr. Asri telah menggesa Anwar yang dituduh meliwat kali kedua dan pembantu khasnya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan supaya bermubahalah’ atau bersumpah.
Katanya lagi,"Kedua-dua pihak (Anwar dan Saiful) hendaklah bersumpah. Kalau tidak puas hati lagi, bermubahalah seperti ini... 'Jika dia tidak melakukan kepada saya, laknat Allah kepada saya, jika saya melakukannya laknat Allah kepada saya' dan hendaklah bersumpah dengan Wallahi, Wabillahi, Watallahi... saya tidak melakukannya."
Ketika ditanya samada beliau bersetuju atau tidak untuk meminta Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah berhubung dakwaan liwatnya, dia berkata,"Keterangan mesti diberikan oleh orang yang didakwa (Anwar). Apabila sesuatu perkara itu dizahirkan, ia mesti ada bukti.
"Sekiranya tidak ada bukti, barulah diambil pendekatan bersumpah ini,” tambah Dr. Harussani ketika dihubungi mStar Online hari ini.
Kata Dr. Harussani lagi, Anwar perlu memberi bukti di mahkamah sekiranya beliau tidak terlibat dengan dakwaan tersebut.
Namun apabila diminta pandangan lanjut, Dr. Harussani berkata, "Saya tak nak komen lagi sebab tak nak terlibat tentang hal ini."
Pertelingkahan parti politik
Beliau menganggap isu liwat ini timbul disebabkan pertelingkahan antara dua parti politik yang berlaku sekarang.
Difahamkan terdapat perbezaan pendapat tentang hukum liwat di negara ini. Ada ulama yang mengatakan sebatan 100 kali rotan dan ada yang berkata tidak pasti. Ini adalah kerana undang-undang Islam di Malaysia hanya merangkumi kes zina sahaja dan bukan kes liwat.
sumber :-http://jasindaily.blogspot.com/2008/07/sumpah-dengan-junjung-al-quran-untuk.html
anihnya selepas saiful bersumpah laknat nik aziz kekal mempertahankan nwar berahi bahkan sampai ketahap menjamin nwar berahi masuk surga dan orang umno perlu mencium kaki nwar berahi ...
kita akan ditanya atas setiap apa yg kita lakukan ... dan tentunya nik aziz turut ditanya setiap apa yang dilakukannya .
Kahkahkahkah ! Gelak guling guling aku....Anuwar sebenaq nya dah tenggelam punca dah ketaq lutut !!
Ada ciri2 dajjal.....adakah....ini kah...
lu apehal sibuk tempat org lain nuar aljuburi..lu balik permatang pauh sana..pergi jaga orang2 lu sana..
USAH BUANG MASA DENGAN MANUSIA YANG SUDAH TENGGELAM PUNCA. DULU DIA DAKWA ADA BERKOTAK-KOTAK FAIL RAHSIA RASUAH BN. KITA INGIN BERTANYA ANWAR DI MANAKAH KOTAK-KOTAK ITU SEKARANG? ADAKAH KOTAK-KOTAK ITU TELAH DIGUNAKAN UNTUK MENYIMPAN STOK DUREX @ KY JELLY?
JIKA KITA TERUS MELAYAN CAKAP ORANG TIDAK SIUMAN KITA JUGA AKAN JADI GILA MACAM DIA. JADI BIARKAN DENGAN DIA DENGAN KEGILAANNYA KERANA ORANG YANG GEMAR MELAKUKAN LIWAT OTAKNYA AKAN CEPAT ROSAK.APAKAH YANG BOLEH HARAPKAN DARIPADA OTAK YANG SUDAH ROSAK PROGRAMNYA? CAKAP-CAKAP YANG TAK MASUK OTAK!
BETUL KATA TUN DAIM, ANWAR SEDANG SAKIT DAN LAYAK DI BAWA MASUK HOSPITAL. DAN HOSPITAL YANG PALING LAYAK UNTUK CEK OTAKNYA ADALAH HOSPITAL BAHAGIA DI TANJUNG RAMBUTAN. DI SANA DIA BOLEH JADI PERDANA MENTERI KERANA DI SANA ADA BERMACAM JENIS MANUSIA YANG OTAKNYA SUDAH DI LUAR KAWALAN.
Saya anak Jati Sabah kembali ke Parlimen Jerlun untuk mengundi PRU13, terasa amat terhina sekali dengan sikap Anwar / PKR mengatakan kami rakyat dari Sabah sebagai PENGUNDI HANTU... Kalau ada peruntukan undang-undang kami anak jati Sabah ingin Menyaman Anwar / PKR kerana kami amat Malu dan terhina sekali.. Mohon sesiapa dapat bantu kami untuk Saman Malu Anwar... Kami kembali ke S.M kerana ada tanggung jawap serta masih belum menukar tempat mengundi Mykad pun masih alamat di S.M.... Pastinya kami akan UNDI BN sebab PKR kata kami Pengundi Hantu..
Hui.den dok brunei,laki den kojo sini.nk balik naik kek airport miri.ngundi parlimen ghombau kj most wanted.sapo tahan den saman .laki den balik kelate.biru kobar ehh..*____*
Masa mengundi nanti, dah tentu ada Wakil setiap Parti tuk semak daftar pemilih... Xkan wakil PR xleh bezakan antara warga Malaysia dgn Warga Asing... Aduhai anwar2.. Pendek akal kamu. Mcm ni nak Jadi PM...
Post a Comment