Label 10

Home » » Pilihanraya Kecil Dun Seri Setia Kelana Jaya : BN Wajar Kemukakan Calon Yang Lebih Matang !!

Pilihanraya Kecil Dun Seri Setia Kelana Jaya : BN Wajar Kemukakan Calon Yang Lebih Matang !!

Written By AAKJ on Saturday, May 18, 2013 | 8:30 PM




Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim ke hulu-ke hilir menganjurkan bantahan melalui 'Himpunan 505' yang kononnya menolak keputusan Pilihan Raya Umum 13 yang jelas tidak memihak mereka, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad  pula  didakwa kerana dituduh gagal untuk memberikan notis 10 hari behubung perhimpunan selepas pilihan raya di stadium Kelana Jaya, Rabu lepas.

Anwar sebaliknya lepas tangan apabila anak buahnya didakwa di mahkamah yang mana sekiranya Nik Nazmi dijatuh hukuman bersalah, beliau akan kehilangan kerusi DUN Seri Setia selain denda RM10,000.

Nik Nazmi bagaimanapun tidak mengaku bersalah apabila pendakwaan di bawah di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012, Seksyen 9 (1) PAA 2012, dibacakan kepadanya di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.

Apa jadi kepada Anwar? Sedangkan himpunan di seluruh negara adalah ideanya sendiri kerana majoriti pemimpin dalam Pakatan Rakyat menolak cara sedemikian untuk meluahkan bantahan.

Dan mangsanya adalah 'agas-agas' di bawah ini. Apa komen Nik Nazmi selepas di 'game' Anwar? Kasihan Nik Nazmi, sebab sayangkan bos, terpaksa korbankan diri sendiri menjadi kambing hitam.

Pemimpin PKR seperti N Surendran dan Latheefa Koya sebaliknya memarahi kerajaan kerana mengambil tindakan terhadap Nik Nazmi yang tidak memohon permit untuk himpunan tersebut, atas alasan ianya himpunan aman.

Marahlah Anwar, sebab itu semua agenda beliau. Bukan salah kerajaan dan pihak berkuasa kerana ia terletak di bawah bidang kuasa pasukan keselamatan. Habislah Nik Nazmi jika kerusi DUN beliau hilang. Adakah Anwar akan membantunya dalam kes tersebut?

Anwar mungkin tergelak besar kerana beliau terselamat daripada sebarang tindakan.

Malah, Anwar masih lagi akan meneruskan 'jelajah 505' untuk menyuarakan ketidak puasan hatinya kepada Barisan Nasional (BN) kerana menggagalkan usahanya untuk menjadi perdana menteri.

Siapa pula akan menjadi mangsa selepas ini? Adakah kepimpinan Pakatan yang lain bersedia menanggung akibat daripada tindakan Anwar dengan menjadi 'kambing hitam' untuk melepaskan Anwar?

Risiko kehilangan kerusi disandang seperti yang dilalui Nik Nazmi mungkin akan berulang sekiranya Anwar terus dengan agenda 'bodoh' untuk menentang keputusan PRU13. Anwar harus menerima nasihat Tan Sri Harussani agar redha dengan ketentuan Tuhan, kerana ianya adalah takdir Anwar.

Aakj ; Kiranya berlaku Pilihanraya Kecil Dun Seri Setia Kelana Jaya : BN Wajar Kemukakan Calon Yang Lebih Matang !!..itu saja yang aakj harapkan..cukup-cukuplah..akhirnya Ilmu d menara gading ada juga membezakan tahap pemikiran seseorang dalam menyusun strategi..Ilmu d menara gading sedikit sebanyak mengajar kita ILMU MERENDAH DIRI dan ILMU KENAL BUDI !!
Share this article :

+ comments + 9 comments

Anonymous
May 18, 2013 at 8:37 PM

Tahniah KDN..skrg bukan masa utk beri amaran lagi...

Anonymous
May 18, 2013 at 8:44 PM

Dakwa jangan tak dakwa, tangkap jangan tak tangkap........Kami dah bosan dengan dakyah PR..

Anonymous
May 18, 2013 at 8:46 PM

Dah buat salah TAK MENGAKU...Munafik Kelas Atasan...Berani buat berani tanggunglah...PONDAN!

Anonymous
May 18, 2013 at 8:47 PM

Kalau ada pilihanraya kecil lg pkr akan menang jugak sb pengundi seri setia bangang tk tau pilih yg mana satu parti yg menjaga islam dan melayu.

Anonymous
May 18, 2013 at 8:48 PM

PerPerhimpunan AMAN kepala otak mereka, kami sampai rumah 2 pagi kerana traffic jam gila! Semua beruk beruk PR punya pasal...berbaldi baldi kami sumpah seranah PR Babi malam tu...

Anonymous
May 18, 2013 at 8:55 PM

PR berjuang sukarela
BN berjuang ade duit baru jalan

Anonymous
May 18, 2013 at 9:05 PM

Mana bukti bro? X de 4 saksi, jgn tuduh-tuduh. Kalau ada video plak, x blh pakai sbb video besi.

Anonymous
May 18, 2013 at 10:13 PM

Perjuangan pr macam2
Ada suka sama suka dan rela
Ada suka tapi tak rela
Ada tak suka tapi rela
Ada tak suka dan tak rela
Itu yg sampai boss lari embassy turki......

Anonymous
May 27, 2013 at 9:50 AM

Owg politik mmg r g2, asik nk belit je...yg pelik 2 ada yg sggp kne belit...dunia2x...akhir zaman da kte ni...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger