Label 10

Home » , , » Mati Kutu Anwar : Petisyen Pilihanraya Dijawab Dalam Tempoh 6 Bulan

Mati Kutu Anwar : Petisyen Pilihanraya Dijawab Dalam Tempoh 6 Bulan

Written By AAKJ on Saturday, May 25, 2013 | 3:00 PM



Semua petisyen yang dikemukakan parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) perlu didengar dan diselesaikan dalam tempoh enam bulan daripada tarikh difailkan. 

Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria berkata, perkara itu perlu diberi perhatian oleh semua hakim yang bakal mendengar permohonan semakan keputusan PRU13 bagi memastikan konsep keadilan dapat ditegakkan. 

"Perkara ini penting memandangkan ada cubaan oleh (parti politik) untuk mengemukakan petisyen berikutan kurang berpuas hati dengan keputusan PRU-13 lalu. 


"Jika petisyen itu dikemukakan atau difailkan, saya memohon kerjasama semua (hakim) untuk melaksanakan tanggungjawab (mendengar) dengan minda yang bebas... tanpa dipengaruhi oleh desakan pihak tertentu. 

"Tempoh enam bulan ini adalah realistik, kerana kita jangka banyak petisyen akan dikemukakan dari Sabah, Sarawak dan negeri-negeri di Semenanjung," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Majlis Hakim-hakim Malaysia Kali Ke-47, di sini hari ini.
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
May 25, 2013 at 5:13 PM

Org Melayu daftar segera. yg daftar harus keluar mengundi....Jika tempat itu kubu kuat cina.tukar alamat cari tempat yg org Melayu UMNO boleh menang. Seperti peratusan kalah tipis ke cina.

Lakukan segera cina dah lama buat. Gunakan alamat teman atau keluarga. Terus berjuang utk Melayu. Beli di KEDAI MELAYU MUSLIM

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger