Kota Kinabalu, 1 Mei 2013.
Salam seluruh rakyat Malaysia, kami ingin memaklumkan bahawa apa yang berlaku di Lahad Datu bukanlah setakat menceroboh negeri kita, tetapi jauh dari itu Anwar, Tian Chua dan rakan-rakannya memang mempunyai Planning Gila.
Semasa saya di Davao City dan di Manila, selama lebih sebulan saya mencari bukti apa sebenarnya yang berlaku di Lahad Datu.
Saya terpaksa memujuk, menunggu lama, membayar dengan wang saya sendiri untuk mencari maklumat ini, bukan saya tak mengharap polis Malaysia. Saya pun bekas polis, kelebihan saya boleh bercakap tagalong memudahkan kerja saya.
Semasa saya kecil, saya terbayang ibubapa saya berasal dari Filipina, selepas berjaya memohon kerakyatan Malaysia, hidup kami berubah dan saya berkata dalam hati saya, saya akan tolong Negara Malaysia ini jika dia susah kerana saya kenang budi Negara ini.
Akhirnya saya berjaya mendapatkan beberapa keping gambar Tian Chua, R. Sivarasa semasa berada di Manila, di Makati City dan di Ninoy Airport.
Saya berjaya mendapat 6 keping Gambar Tian Chua sedang berbincang dengan wakil MNLF dan wakil-wakil Kiram. Saya akan serahkan sendiri kepada pihak berkuasa Malaysia esok. Untuk mata rakyat Malaysia, saya tunjukkan satu keping gambar Tian Chua sedang berbaris di airport di Manila.
Saya mendesak kerajaan Malaysia menahan Tian Chua segera, kerana menurut orang yang saya jumpa di Manila, Tian Chua turut berjanji kepada MNLF dan Kiram untuk memberikan Wilayah Autonomi di Lahad Datu kepada Kiram. Manakalah wilayah Kunak dan Semporna kepada Nur Miswari (Nur Misuari).
Malah Tian Chua turut bersetuju untuk membayar setiap bulan Elaun DiRaja kepada Jamalul Kiram dan Nur Miswari jika Berjaya planning gila mereka itu.
Menurut dua tiga orang yang saya jumpa di Mindanao pula, sebenarnya mereka hanya hendak menakut-nakutkan kerajaan Malaysia supaya orang di Sabah tidak keluar mengundi, itulah arahan Anwar dan Tian Chua. Bila di Sabah tidak mengundi, Tian Chua kata mereka yakin akan menang di Semenanjung dan akan buat kerajaan.
Bila dah buat kerajaan kata Tian Chua, barulah mereka akan urus Sabah. Malangnya mereka tak sangka sampai berlaku pertempuran besar.
Banyak lagi lah kalau saya cerita pengalaman saya di Mindanao dan Manila selama sebulan ini, panjang sangat saya mahu tulis. Kepada rakyat Malaysia, kamu semua tolaklah Anwar, Tian Chua dan Pakatan Rakyat.
Walaupun saya generasi kedua di Malaysia, saya tahu bersyukur. Inilah balasan saya kepada rakyat Malaysia dan Negara Malaysia. Saya harap saya dapat membantu kamu walaupun sedikit. Gambar perbincangan Tian Chua bersama 2 orang kawannya dengan wakil-wakil Kiram dan MNLF saya serahkan kepada pihak Polis besok.
SUMBER
SUMBER
+ comments + 4 comments
Pastikan nanda serahkan gambar dan statement yang anda buat ke pada polis.Aku yakin selepas PRU polis akan bertindak keatas orang yang merosakkan negara ini..
berhati-hati.
bimbang keselematan kamu kerana ada bahan bukti.
saya doakan Allah melindungi kamu, amein.
dan Allah, lindingi Malaysia. Amein.
BN kalah perang media sosial..why.. Sebab pegawai atasan bodoh..buta ICT..sepatutnya tubuhbunit atau jabatan cyber selain SKMM yg lemah, layu dan ada org pakatan dalam semua agensi kerajaan. Kenapa akta rahsianrasmi hanya menjadi hiasan sahaja..ISA dan OE da mansuh..eloklah ini lah pakatan mahukan Hancurkan negara..Bijakkah Kerjaan kita? Bermain dgn api..
TQ KEBENARAN INSYALLAH PASTI DATANG MALAYSIA MASIH DILINDUNGI ALLAH usha kamu gerakan dari allah
TK
Post a Comment