Label 10

Home » » Foto Pasangan Lesbian Muslim Di Ugut Bunuh

Foto Pasangan Lesbian Muslim Di Ugut Bunuh

Written By AAKJ on Tuesday, May 28, 2013 | 4:00 PM


LESBIAN


Sepasang wanita lesbian yang berasal dari Pakistan, Rehana Kausar, 34, dan Sobia Komar, 29, yang berkahwin di United Kingdom (UK), Mac lalu telah meminta suaka politik dari kerajaan UK selepas tindakan mereka itu menerima kecaman serta ugutan bunuh daripada segelintir pihak.
Pasangan ini telah mendaftarkan perkahwinan mereka di Pejabat Catatan Sivil Leeds, Yorkshire Barat.
Menurut sumber terdekat, sebelum proses pernikahan mereka, pasangan itu telah ditanya sama ada mereka mahu teruskan dengan perkahwinan kontroversi tersebut dan dengan tegasnya, Kausar berkata, “negara ini memberikan kami hak dan ini adalah keputusan yang sangat peribadi dan berani yang pernah kami ambil.
Ini bukan urusan sesiapa kerana kami melakukan ini untuk kehidupan peribadi kami”.
“Masalah yang kami temui di Pakistan adalah bahawa setiap orang percaya, satu orang bertanggungjawab atas kehidupan orang lain dan hal ini lebih kepada moral terhadap orang lain dan bukannya hak seseorang individu itu,” ulas Kausar.
Seperti yang kita ketahui, Pakistan merupakan sebuah negara Islam dan majoriti penduduknya berpegang teguh dengan ajaran Islam yang mengharamkan perkahwinan sesama jantina.

Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
May 28, 2013 at 4:17 PM

Hak di atas muka bumi. Kaum nabi Luth..adakah mereka mendpt hak di atas muka bumi kepunyaan Allah.....

Allah musnahkan dan benamkan mereka semua. Allah kuncikan lagi mereka semua dibawah dgn air di atas. Begitu dahsyat Allah menghukum mereka.

HANYA SEDIKIT YG SELAMAT YG BERIMAN BERSAMA NABI LUTH

INGATLAH WAHAI SEMUA PENGIKUT LGBT YG BERAGAMA ISLAM. Bumi ini hak Allah. Terkubur pun tanah hak Allah. Nak lari mana.........

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger