Label 10

Home » , » Eksklusif !! Ejen Kastam Di Siasat Kes Bunuh Timbalan Ketua Pengarah Kastam ?

Eksklusif !! Ejen Kastam Di Siasat Kes Bunuh Timbalan Ketua Pengarah Kastam ?

Written By AAKJ on Tuesday, May 14, 2013 | 8:30 PM



Siasatan polis berhubung kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim menunjukkan perkembangan positif dengan penahanan seorang lelaki kelmarin.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh mengesahkan penahanan suspek berusia 56 tahun itu yang ditahan pada pukul 8.30 pagi di Petaling Jaya, Selangor.
Dalam pada itu, sumber memberitahu, lelaki yang ditahan itu bekerja sebagai ejen kastam iaitu individu yang dilantik oleh pengimport untuk berurusan dengan pihak kastam.
Lelaki tersebut direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan sejak semalam.
Pada 26 April lalu, Shaharuddin, 58, maut akibat terkena tiga das tembakan di kepala dan leher yang dilepaskan dari jarak dekat oleh dua lelaki bermotosikal ketika mangsa dalam perjalanan ke pejabatnya di Presint 2, Putrajaya.
Kejadian pada pukul 8.15 pagi itu berlaku ketika kenderaan jenis Nissan Murano yang dinaiki mangsa dihampiri oleh suspek disyaki pembunuh upahan ketika berhenti dekat persimpangan lampu isyarat Lebuh Sentosa. Mangsa disahkan meninggal dunia sejam kemudian di Hospital Putrajaya.

Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
May 14, 2013 at 8:43 PM

ramai agen kastam seluruh mlaysia ooii...!

terpalit ni der...


semalampun gua kena halau dgn peg. kastam!!..pehhh

gila babi punyai halau!!!

Anonymous
May 15, 2013 at 5:36 AM

Kau kena halau apasal... Nak reka cerita nak tuduh lah tu org kerajaan jahat.

Sebab tegas tu la almarhum.ditembak... Tak nak bersekutu... Bukan macam kau kerja nak sogok aje sebab tu kena halau

Nasib babi yg gila.... Bukan kau

(ops lupa...dlm kerajaan dengarnya byk penentang...kantoi tuduh geng sendiri)

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger