Label 10

Home » , , » DAP Langgar Akta Mesin Cetak Marah Penguatkuasaan Undang-undang

DAP Langgar Akta Mesin Cetak Marah Penguatkuasaan Undang-undang

Written By AAKJ on Thursday, May 23, 2013 | 8:21 PM




Parti DAP mengutuk tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas ribuan naskah akhbar tabloid pembangkang dalam operasi di seluruh negara semalam kerana didapati melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012.

Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong mendakwa tindakan sekeras itu tidak wajar dilakukan oleh KDN untuk menakutkan orang ramai dan memaksa mereka patuh kepada kehendak parti tertentu.

“Saya mengutuk tindakan keras menyita (akhbar tabloid) The Roket, Harakah dan Suara Keadilan. Tindakan ini sekadar mendedahkan wajah sebenar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Chin Tong juga mendakwa tindakan merampas akhbar tabloid pembangkang itu sekadar menunjukkan KDN berkhidmat untuk politik pihak tertentu dan bukan untuk kepentingan rakyat.

Media hari ini melaporkan KDN merampas sebanyak 1,408 tabloid Suara Keadilan, 1,062 tabloid Harakah dan 70 tabloid The Rocket kerana gagal mematuhi syarat-syarat ditetapkan di bawah akta itu iaitu kesalahan untuk mencetak, mengimport, menerbit akhbar tanpa permit dan tidak mematuhi syarat-syarat permit iaitu untuk edaran ahli sahaja.

Menurut KDN, pperasi penguatkuasaan itu dijalankan di premis-premis yang menjual tabloid di seluruh negara pada 22 Mei dengan mengambil kira tindakan pemantauan dan teguran yang telah dilakukan oleh KDN sebelum ini.

KDN turut memaklumkan operasi itu akan dilakukan secara berterusan bertujuan menguatkuasakan undang-undang di bawah akta berkenaan bagi memastikan semua pihak tidak melanggar akta tersebut.
Share this article :

+ comments + 3 comments

May 23, 2013 at 8:28 PM

Bangsa ni memang tak mahu mematuhi undang-undang walaupun dalam parti tu ramai peguam. Bodo...

Anonymous
May 23, 2013 at 9:05 PM

kalau tak mau patuh undang undang boleh cari lain tempat, boleh ambil pasir Selangor buat satu pulau di laut cina, dan bikin satu negala, boleh nama itu negala negala anlimhad...itu gila punya anwar boleh jadi president sampai mati, orang Malaysia mau hidup aman, boleh hidup baik baik, bukan kacau kacau..

Anonymous
May 23, 2013 at 9:37 PM

Minta kdn batalkan lesen The Star juga sebab menjadi anjing dap dan gunting dalam lipatan.

Harap org2 melayu boikot juga The Star kerana ia telah menjadi perkakas kepada cina2 kristian untuk memurtadkan org2 islam.

Lembaga pengarahnya juga terdiri dari tauke AirAsia.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger