Label 10

Home » , » CUEPACS Arah Kakitangan Awam BOIKOT AirAsia !!

CUEPACS Arah Kakitangan Awam BOIKOT AirAsia !!

Written By AAKJ on Thursday, May 23, 2013 | 10:00 AM


Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kakitangan awam seluruh negara memboikot perkhidmatan penerbangan AirAsia ataupun menjadikan syarikat penerbangan itu sebagai pilihan terakhir untuk ke mana-mana destinasi.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, langkah ini susulan daripada aduan dan rungutan orang ramai terhadap perkhidmatan AirAsia yang jelas tidak memuaskan.

"Saya minta setiap ketua jabatan di dalam sektor awam turut menjadikan syarikat penerbangan lain seperti Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) dan Firefly sebagai pilihan utama mereka untuk sebarang urusan rasmi kakitangan mereka sama ada di dalam mahupun ke luar negara.

"Kuasa pengguna daripada 1.4 juta kakitangan awam mampu memberi kesan kepada AirAsia, jadi saya minta semua kakitangan awam membuktikannya terutama pada musim cuti sekolah nanti," katanya.

Utusan melaporkan Omar mengulas kecaman beberapa persatuan pengguna terhadap mutu perkhidmatan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia yang mengecewakan serta sikap sambil lewa khususnya dalam memberi penjelasan dan pertolongan kepada penumpang yang berdepan masalah.

Presiden Kesatuan Pegawai Eksekutif (Kepak), Saadon Aris turut bersetuju supaya kakitangan kerajaan menjadikan AirAsia sebagai pilihan terakhir untuk sebarang urusan penerbangan rasmi mahupun peribadi mereka.

"Sememangnya terdapat banyak aduan berhubung perkhidmatan dan layanan daripada AirAsia yang tidak memuaskan, jadi saya minta kakitangan awam negara ini menilai semula pilihan mereka sekiranya perlu menggunakan perkhidmatan penerbangan.

"Kini pengguna mempunyai beberapa pilihan lain termasuk kemunculan syarikat penerbangan tempatan terbaharu, Malindo Air. Malah sebagai kakitangan awam, mereka juga boleh mengutamakan perkhidmatan MAS dan Firefly yang merupakan syarikat milik kerajaan (GLC)," katanya.

Sementara itu, Presiden Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Datuk Seri Dr. Saharuddin Awang Yahya memberitahu, pihaknya juga sering mendapat rungutan daripada pengguna berhubung perkhidmatan AirAsia yang diragui dan mengelirukan.

"Dalam hal ini saya menggesa orang ramai supaya menggunakan sepenuhnya kuasa pengguna. Mereka berhak untuk memilih perkhidmatan yang terbaik malah di negara ini beberapa syarikat turut menawarkan perkhidmatan penerbangan yang jelas lebih baik berbanding AirAsia.


sumber
Share this article :

+ comments + 10 comments

Anonymous
May 23, 2013 at 10:12 AM

Tuan, saya dan keluarga selalu menggunakan penerbangan AirAsia dengan bayar dari duit poket sendiri. Memang servisnya kadang-kadang menyakitkan hati TETAPI apa pilihan saya. Nak naik MAS tambangnya 2X ganda dari AirAsia. Nak naik Firefly balik ke KLIA dari Kuching servisnya dah terhenti. Nak naik MALINDO tiada perkhidmatan Kuching ke Kota Kinabalu. Memang rasa dihati nak boikot jer Air Asia tapi poket saya pulak yang berlubang-lubang. Bingung saya nak membantu kempen ini!!!!!

Anonymous
May 23, 2013 at 10:17 AM

Gerakan boikot perlu ada politikal will yang kuat, meluas dan konsisten serta merangkumi kepercayaan bahawa pengguna perlu dilindungi dan adalah masters dan akhirnya mampu mancapai matlamat jangka pendek dan pangka panjang yang dikehendakki.

Anonymous
May 23, 2013 at 10:30 AM

boikot air asia itu saja pengajaran pada mereka mereka ingat penerbangan mereka cukup gah dinegara ini terutama org melayu boikot air asia banyak lagi penerbangan di nrgara ini tg patut kita majukan bukan air asia NO TO AIR ASIA.

Anonymous
May 23, 2013 at 10:34 AM

Air asia lupa diri

Anonymous
May 23, 2013 at 10:44 AM

bersabarlah anon 10.12 di atas.. tak lama je lagi Malindo Air n Firefly akan mengembangkan operasi KLIA - Kuching.. Aku juga sangat menunggu pengembangan operasi penerbangan MAS, Firefly n Malindo ke Ipoh selepas Raja Muda dah rasmi balik Airport Ipoh... tambahan kajian dah menunjukkan peningkatan yang tinggi pengguna di Malaysia menaiki pesawat.. Insyallah.. akan ada tu.. but this time, AIR ASIAL is not in my list anymore..

Anonymous
May 23, 2013 at 11:07 AM

Saya juga mengharapkan agar MAS atau Fireflyz membuka semula laluan dari Senai ke Kota Kinabalu & Kuching setelah dihentikan pada 2006..

Sejak itu, kami di johor tiada pilihan lain untuk ke sabah & sarawak selain Air Asia yang memonopoli lauan berkenaan dari Senai..

Anonymous
May 23, 2013 at 11:14 AM

lepas kes ni kerajaan akan bagi lesen kat malindo untuk terbang ker seluruh negeri sama macam yang air asia dapat dan mungkin juga mas aka nturunkan harga mereka tapi dengan bantuan dana kerajaan lah..dan sepatutnya dari dulu lagi kakitangan kerajaan yang dihantar bertugas diluar diwajibkan naik mas.

Anonymous
May 23, 2013 at 12:02 PM

minta kerajaan beri balik route domestik yg telah ditamatkan kepada firefly seperti Kuching dan Kota Kinabalu..
kita perlu persaingan yg lebih sihat..

Anonymous
May 23, 2013 at 2:23 PM

Sudah saatnya MAS MALINDO FIRELY menambah penerbangan dan membuat PROMOSI GILA GILA supaya org mengubah haluannya.

Pastikan semua crew berjiwa rakyat dan berakhlak mulia.

PLEASE BIGGGGGG BOOSSSS diatas byk org Melayu...gaji semua level bagus.. ORG MELAYU DAH HEBAT...INGAT JGN LUPA DIRI JGN LUPA ASAL USUL

Anonymous
May 23, 2013 at 3:29 PM

Oraitt...sama2 boikot..tapi MAS bglah harga reduce sikit....cayalah ceupacs..Air asia selamat jalan romeo..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger