Label 10

Home » , » BN Juga Perlu Utamakan Penyokong Sendiri

BN Juga Perlu Utamakan Penyokong Sendiri

Written By AAKJ on Wednesday, May 29, 2013 | 10:30 PM


Belum pun cukup sebulan Nasruddin Hassan menjadi Ahli Parlimen Temerloh, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu sudah mula menunjukkan belangnya yang sebenar apabila bertindak memilih bulu dalam memberikan khidmatnya kepada penduduk.

Sikap memilih bulu itu terserlah apabila dalam pengagihan bantuan bencana alam untuk mangsa ribut pada 15 Mei 2013 lepas, Nasruddin melalui wakilnya hanya menghulurkan bantuan kepada ahli dan penyokong PAS serta PKR sahaja.

Manakala penduduk setempat yang dianggap menyokong BN diketepikan begitu sahaja sekali gus menunjukkan laungan slogan Negara Berkebajikan terbukti hanya propaganda politik semata-mata.

Ia agak mengejutkan lebih-lebih lagi bagi penduduk di kawasan Parlimen Temerloh kerana tidak menjangka sedemikian buruk sekali sikap wakil rakyat mereka yang baru. 

Tapi inilah hakikatnya yang perlu diterima ramai apabila politik kepartian mengatasi naluri kemanusiaan, lantas dalam menghadapi kerenah sebegini amatlah perlu untuk BN mengambil langkah yang sama di kemudian hari.

Bukan bermaksud BN perlu meniru bulat-bulat politik serba keparat itu sebaliknya sedikit pengubahsuaian dilakukan tanpa meminggirkan nilai kemanusiaan.

Selama ini BN sering menimplementasikan politik gentleman memberi khidmat kepada semua namun dengan keadaan yang berbeza kini, maka gaya politik sedemikian perlu diubah di mana tumpuan utama dalam memberi khidmat perlu didahulukan kepada penyokong sendiri.

Di mana-mana saja kawasan Parlimen mahu pun DUN, pendekatan mengutamakan penyokong sendiri perlu BN aplikasikan tapi tidaklah sampai mengetepikan terus penduduk setempat yang tidak menyokong BN.

Bantuan untuk semua tetap diteruskan, tapi penekanan penting ialah utamakan dulu penyokong sendiri sebagai penghargaan atas sokongan yang diterima, tanpa mereka mustahil BN dapat mengekalkan kekuasaan sebagaimana hari ini.
Share this article :

+ comments + 5 comments

Anonymous
May 29, 2013 at 11:17 PM

Ini sepatutnya dilaksanakan olih BN. Kerana penyokong2 tegar BN dapat meneruskan teraju pemerintahan.

Andaikata penyokong2 tegar khas orang melayu turut menyanyikan lagu "tsunami",dimanakah kedudukan BN.

Jangan jadi "KERA DIHUTAN DISUSUKAN ANAK SENDIRI MATI KELAPARAN"

Fikir2kanlah Pak Najib and Team.

Anonymous
May 29, 2013 at 11:23 PM

Betol...malah kakitangan kjaan yg menyokong pakatan pon patot di halau jer dari perkhidmatan..dahla mutu kerja mcm sampah, abis di angkot sukusakat mrk...itu yg mnyebabkan perkhidmatan kjaan jadi xtelus....

Kjaan sptt utamakn penyokong kjaan ,buat mcm puak pakatan haram gak...penyokong di utamakan , pembangkang di ketepikan...

May 29, 2013 at 11:26 PM

Kita tidak sepatutnya nya mengikut seperti mereka, kalau kita membuat perkara yg sama dgn mereka, apa beza nya kita dgn mereka? Kita harus tampil kan diri kita berbeza dgn mereka.. Tolong semua org tak kira siapa mereka sokong.. Ingat lah, bakti yg ikhlas, akan sentiasa di ingati selalu

Anonymous
May 30, 2013 at 2:03 AM

Hakikat sekarang ini zaman real politik, budi ditabur olrh BN susah nak dikenang oleh penyokong PR, yang kenang hanyalah org yg bijak dan kenal yg mana jauhari dan yg mana manikam...seperti kata bedilan, buat baik berpada pada. Wajib la tolong dengan ikhlas untuk org betul betul memerlukan dan wajib juga org yg di tolong itu bersyukur pada Allah yang Maha berkuasa, dengan izinNya dapatlah kerajaan BN yang prihatin yang membantunya...jika kerajaan BN sudah membantu kenapa tikam belakang pada kerajaan yang membantu....maknanya tidak ada NILAI bantuan tersebut pada mereka dan lebih baik bantu rakyat yang amat memerlukan bantuan, yg telah menyokong kerajaan BN, kerana mereka yang yakin dapat membantu rakyat. Secara rasionalnya penyokong PR sebenarnya tidak mahu kerajaan BN membantu mereka, mereka mahu kerajaan PR yang membantu mereka, sebab itu mereka tidak menyokong kerajaan BN, tapi tahukah kita siapa yang tidak mengundi BN sebab undi kita adalah rahsia, jadi yg tidak berahsia abaikan sahaja apa apa kepada mereka.

Anonymous
May 30, 2013 at 10:42 AM

Salam,

saya sokong matahari. Pemimpin peelu ikhlas bila beekhidmat. Utamakan penyokong dan tidak mengabaikan yg lain. Pru 5 tahun 1 kali, berkhidmat 365 hari x 5 tahun. Semoga pemimpin bn berkhidmat untuk agama, bangsa, dan negara.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger