Putaran waktu
dirasakan begitu cepat berlalu, tanpa disedari telah genap 4 tahun Dato Seri
Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri mengurus tadbir kerajaan, malah tiada
siapa yang dapat menyangkal mahupun menafikan prestasi cemerlang yang telah
ditunjukkan selama ini.
Ini kerana semenjak
Perdana Menteri mengambil alih tampuk kepimpinan negara pada 2008, keadaan
ekonomi negara terus berkembang baik berlatar belakangkan ekonomi global yang
tidak menentu. Keberansangan dan perkembangan ekonomi dalam tempoh ini
memperlihatkan kejayaan implementasi Program Transformasi Ekonomi (ETP)
sekaligus membuktikan bahawa negara berada di landasan yang baik untuk menjadi negara
berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Sebagai contoh,
Keluaran Dalam negeri Kasar (KDNK) dan Pendapatan Negara Kasar (PNK) telah
menunjukkan peningkatan yang ketara malah dijangka akan mencecah jumlah 1
trilion untuk kali pertamanya menjelang 2013. Tahun 2009, KDNK yang berada pada
paras 629.9 billion telah meningkat sebanyak 749.1 billion pada tahun 2012
manakala PNK yang berada pada paras 605.3 billion telah meningkat kepada 698.0
billion pada tahun 2012.
Pelaburan Langsung
Asing (FDI) oleh syarikat atau pelabur luar negeri juga menunjukkan peningkatan
sejak 2009 iaitu penerimaan yang ketiga terbesar dikalangan negara-negara
Asean. Pelaburan yang masuk itu tidak hanya dinilai mengikut jumlah tetapi turut
di nilai dari segi pelaburan yang berkualiti tinggi dan mempunyai nilai tambah.
Selain dari itu,
kerajaan juga telah berjaya mewujudkan peluang pekerjaan sebanyak 800,000 pada
tahun 2012 berbanding 2011, sebanyak 313 741 sekaligus mencapai sasaran 66%.
Tidak ketinggalan Indeks Bursa Malaysia turut menunjukkan angka peningkatan sebanyak
29% sejak tahun 2010.
Malah laporan ‘Menjalankan
Pernigaan’ yang dikeluarkan oleh Bank Dunia pada 2013 turut mengatakan Malaysia
yang berada pada tangga ke-12 adalah merupakan negara paling berdaya saing yang
melonjak sebanyak 6 anak tangga berbanding 2011. Ia merupakan lonjakkan paling
tinggi pernah direkodkan.
Seterusnya keputusan
kerajaan untuk membuat penyenaraian FGV telah meletakkannya sebagai kedua
terbesar di dunia dengan meraih dana sejumlah 10 billion melalui tawaran awam
permulaan. Ia seterusnya diikuti dengan penyenaraian IHH yang merupakan ketiga
terbesar di dunia apabila meraih 6.67 billion daripada tawaran awam permulaan.
Akhir sekali penyenaraian Astro yang merupakan ketiga terbesar di Malaysia
telah meraih dana sejumlah 4.8 billion.
Kesimpulannya biarpun
diberikan masa yang agak singkat, ternyata usaha gigih dan kerja keras,
Perdana Menteri telah berjaya mentransformasikan negara dalam pelbagai
sudut termasuk undang-undang, ekonomi dan sosial. Malah semua usaha tersebut jelas
menampakkan perubahan dan kesan yang ketara terhadap rakyat dan negara.
Berbanding dengan
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang hanya mampu berceramah untuk menipu
rakyat, tetapi GAGAL mwngurus tadbir negeri-negeri yang dikuasai. Walaupun
kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR, melantik Anwar sebagai Penasihat Ekonomi
namun pendekatan itu langsung tidak berjaya menarik minat kerajaan Pulau
Pinang, Kedah dan Kelantan untuk melakukan perkara yang sama.
Ini kerana mereka
juga yakin dan percaya, Anwar hanya mampu beretorik, namun langsung tidak
mempunyai bakat untuk mengurus tadbir ekonomi dengan baik. Sesuai dengan
kenyatan mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang juga merupakan pakar
ekonomi sebelum ini yang mengatakan Anwar telah gagal mengurus tadbir ekonomi
negara apabila diuji semasa Krisis Kewangan Asia pada tahun 1997.
Malah kecenderungan pemimpin
‘Anugerah Tuhan’ itu dalam membuat kucar-kacir serta banyak disabitkan dalam
aktiviti tidak bermoral, merupakan salah satu faktor penting untuk rakyat menolak
pakatan pembangkang dalam pilihanraya umum ke-13.
Post a Comment