Hasil Kaji selidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), yang antara lain menyatakan 54% orang Melayu memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim dan hanya 38% memilih Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri, merupakan satu perancangan licik oleh Pengarahnya, Prof. Datuk Dr. Mohamad Redzuan Othman.
Kaji selidik ini dilakukan oleh para pelajar fakulti tanpa pengawasan harian daripada pensyarah mahu pun penyelaras yang berwibawa dalam bidang kajian. Para pelajar diberi borang kaji selidik untuk diisi dalam temu bual mereka bersama responden di kawasan asal mereka dan tiada pengawasan dilakukan setiap hari selama kaji selidik dilakukan.
Menurut maklumat daripada seorang pensyarah kanan Universiti Malaya, separuh daripada 1407 borang yang dikeluarkan tidak diisi oleh responden. Bagi mencukupi jumlah responden yang diperlukan, para pelajar tersebut telah diarahkan mengisinya di dalam bilik kuliah.
Terdapat juga cakap-cakap di Universiti Malaya sekarang ini bahawa pelajar yang terbabit juga dikatakan dipilih secara khusus berdasarkan kecenderungan politik mereka dan kawasan-kawasan yang merupakan kubu kuat Anwar brahim.
Sementara itu Utusan Malaysia semalam melaporkan, Timbalan Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Selangor, Dr. Wan Muhammad Adam berkata, hasil kajian Mohamad Redzuan itu boleh diragui kesahihannya ekoran beliau seorang kenalan kepada Anwar.
“Apabila mengetahui Mohamad Redzuan membuat kajian tersebut, sudah pasti statistik kecenderungan akan berpihak kepada Anwar kerana kita tahu macam mana rapatnya mereka.
“Analisis yang dikeluarkan atau dibentangkan juga pasti akan memihak kepada seorang individu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Wan Muhammad menambah, hasil kajian itu juga akan mengambil kira sentimen persahabatan di antara orang yang dikaji dengan pengkaji.
Jelasnya, sebagai pelaksana (Datuk Seri Najib Tun Razak) akan diukur dan pengkaji akan mencari apa kekurangan yang dibawa berbanding individu yang beliau lagi menjadi pelaksana (Anwar).
“Apa pun hasil kaji, rakyat Malaysia tahu untuk menilai dan membuat keputusan pada 5 Mei ini. Sama-sama kita nantikan,” katanya.
Mengulas isu sama, Naib Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Azril Mohd. Amin, hasil kajian itu dianggap berat sebelah kerana Mohamad Redzuan dilihat rakan kepada Anwar.
Selain itu, katanya, Mohamad Redzuan yang merupakan bekas pemimpin ABIM yang kini menerajui Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) dilihat banyak menyebelahi Anwar.
“Kajian itu tidak mewakili pandangan menyeluruh dan kita melihat ia lebih kepada sentimen persahabatan,” katanya.
hasil kajian UMCEDEL bertajuk Pilihan Pengundi Menjelang Hari Mengundi Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dibentangkan oleh pengarahnya, Prof. Datuk Dr. Mohamad Redzuan Othman di Universiti Malaya di sini semalam.
foto hiasan
+ comments + 5 comments
Asal tak menyebelahi kita je, mcmx alasan dan justifikasi..donia..donia..
kajian tipu rakyat
Lecturer saya di US tergelak kalau tgk kita punya tinjauan menggunakan statistik ni. Saiz sampel yang digunakan jauh berbeza dari saiz sebenar. 1407 mewakili 13.3 juta.
Di US dan negara maju lain tinjauan dgn kaji selidik menggunakan sampel yang besar dan masa yang lama bukan setakat 1-2 minggu.
Ambil contoh masa Piliharaya Presiden US antara Barack Obama dan Mitt Romney, dua tahun kajian dibuat untuk menentukan sama ada Republican atau Democrat yang menang itu pun tersasar..
Hakikatnya tunggu mlm 5 Mei untuk lihat siapa hentak siapa!!
Setuju Sgt..
kaji selidik banggang tahap cipan... banyak kroni anwar aljuburi dalam tuh
Post a Comment