Label 10

Home » , , , , , » #PRU13 : Video Seks Nurul !! Ketua Cabang PKR Di Ugut Bunuh

#PRU13 : Video Seks Nurul !! Ketua Cabang PKR Di Ugut Bunuh

Written By AAKJ on Sunday, April 7, 2013 | 11:06 AM





Ketua Kaum India Parti Keadilan Rakyat (PKR) Permatang Pauh, N. Ponnusamy membuat laporan polis selepas menerima ugutan berikutan kenyataannya yang mendakwa isu video seks melibatkan Nurul Izzah Anwar didalangi kem penyokong Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Ponnusamy, 43, berkata, ugutan itu diterima menerusi panggilan telefon pada pukul 8.23 malam tadi daripada seorang lelaki tidak dikenali yang mendesaknya berhenti mengeluarkan kenyataan terhadap Azmin.

"Saya tidak ambil kisah sangat dengan panggilan yang saya terima malam tadi ketika sedang makan yang minta saya tidak terus kaitkan Azmin dengan video seks berkenaan atau saya akan dapat susah.

"Tetapi saya terpaksa membuat laporan polis kerana kereta saya turut diconteng dengan kata-kata ugutan yang berbunyi 'cpt (cepat) mungkin dpt (dapat) peluru'," katanya ketika ditemui pemberita sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) di sini pada pukul 11.30 pagi ini...sila baca seterusnya d SINI
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger