Label 10

Home » , , » #PRU13 ; Senarai Artis Sokong BN Secara Terbuka !

#PRU13 ; Senarai Artis Sokong BN Secara Terbuka !

Written By AAKJ on Saturday, April 20, 2013 | 6:00 PM


Kehangatan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin dirasai apabila proses penamaan calon berlangsung dengan aman di pusat-pusat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seluruh negara.
Pada masa yang sama, para selebriti dan artis tempatan tidak melepaskan peluang untuk berkempen bersama parti politik pilihan mereka.
Adakah warna politik di Malaysia akan menjadi seperti pilihanraya di Indonesia apabila menyaksikan ramai penggiat seni bertanding mewakili parti masing-masing?
Persoalan timbul apabila PRU13 kali ini menampilkan ramai artis tanah air mula menunjukkan ‘taring’ mereka.
Rata-rata artis tanah air yang terlibat dalam politik dilihat yakin bahawa diri mereka mampu mempengaruhi pemikiran peminat mereka.
Antara artis dilihat menyebelahi Barisan Nasional adalah seperti Datuk Aznil Hj Nawawi, Datuk Hattan, Nash Lefthanded, Afdlin Shauki, Amy Search, Datuk DJ Dave, Datuk AC Mizal, Mus May, Bagio Damasutra, Zed Zaidi, Jay Jay, Jamal Abdillah dan Nabil Raja Lawak.

datuk-Aznil-Nawawi
Datuk Hattan

Manakala Yatt hamzah, Abby Abadi, Bob Lokman, Dayangku Intan, Hairie Othman, Ali XPDC, Zulkifli Ismail, Azmil Mustapha, Yassin Sulaiman, Aisyah dan Adam Hamid menyebelahi Pakatan Rakyat.

Yassin Sulaiman

Tambah menarik, mereka bukan sahaja menunjukkan sokongan mahupun pandangan terhadap sesebuah parti politik, malah ada antara mereka yang mencabar diri untuk bertanding pada pilihan raya kali ini.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sebelum ini telah mengumumkan penyanyi Janji Manismu, Aisyah bakal bertanding di P.127 Jempol atas tiket PAS.
Pada masa yang sama, penyanyi 80-an, Herman Tino turut membuat kejutan apabila beliau bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Tanjung Karang di mana bakal berlaku pertembungan tiga penjuru.
Adakah status sebagai artis mampu membawa mereka berjaya dalam bidang politik? Sama-sama kita nantikan 5 Mei ini.
Share this article :

+ comments + 2 comments

anak wayang
May 12, 2013 at 11:32 PM

tahnih BN mencapai kejayaan dlm PRU ke- 13 yg lalu
... syabas dn tahniah artis2 yg telah memberi sokongan kpd BN...mudah-mudahan industri seni tanahair kan terus maju selaras dgn transformasi kerajaan menjadikan malaysia menjadi negara maju menjelang 2020!

herman tungau
May 12, 2013 at 11:44 PM

apa yg kita dpt lihat adalah rata2 artis yg pro kerajaan ialah arti2 yg top dn popular...manakala yg pro pembangkang ialah artis2 yg dah pesam2 kuku...lepas ni media arus perdana spt Tv1,2,3,astro dsb kenalah tolak artis melawan kerajaan ni dgn mengutamakan mereka yg setia dgn kerajaan BN!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger