Pendaftar Pertubuhan (ROS) disaran memfailkan saman fitnah terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berikutan tindakannya yang berterusan melemparkan tuduhan tidak berasas kepada pertubuhan itu.
Penyandang kerusi Parlimen Wangsa Maju, Wee Chee Keong ber kata, ROS wajar mengambil tinda kan undang-undang terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang itu berikutan didakwa berbohong kepada umum tentang isi kandungan surat ROS.
Berikut adalah kenyataan penuh Chee Keong:
1ROS perlu mempertimbangkan untuk memfailkan saman fitnah ter hadap Lim Guan Eng kerana membohongi rakyat Malaysia dan dunia mengenai isu kandungan surat ROS kepada Lim Guan Eng sebagai Se tiausaha Agung DAP pada 17 April 2013.
2Lim Guan Eng mengatakan pihak ROS mahu membatalkan pendaftaran parti DAP dan menghalang pengunaan logo roket DAP. Secara tak langsung Lim Guan Eng mem- buat hasutan mengatakan ROS ma- hu sabotaj parti tersebut pada PRU-13 sedangkan pihak ROS menjalankan tugasnya sebagai pihak berkuasa kerana ia menerima banyak aduan dari ahli dan perwakilan-perwakilan DAP.
Kelmarin rakyat dapat menyaksikan bahawa semua calon DAP dibenarkan SPR mengunakan simbol roket untuk kertas undi ma- sing-masing. Ini terbukti bahawa pertuduhan oleh Lim Guan Eng terhadap ROS selama ini adalah tidak benar dan semata-mata untuk tujuan divert attention daripada kegagalan dia sendiri dalam perkara ini.
3Tindakan Lim Guan Eng adalah satu perbuatan niat jahat dan ber- unsurkan politik untuk memburuk- kan imej ROS dan pada masa yang sama beliau mahu undermine siasatan yang sedang dilakukan oleh ROS. Lim Guan Eng tahu beliau bertanggungjawab atas silap kira undi Vincent Wu dan Zairil Abdullah dan juga atas isu tidak beri notis jemputan mesyuarat kepada seramai 753 perwakilan DAP di pemilihan ahli-ahli CEC pada 15 Disember 2012.
4Demi kepentingan awam dan untuk mempertahankan kedudukan ROS sebagai sebuah pihak berkuasa ia tiada pilihan selain daripada mengambil tindakan undang-undang terhadap Lim Guan Eng dalam perkara ini.
+ comments + 1 comments
Kami sbg rakyat yg cintakan ketelusan & keadilan memohon ketegasan pihak Kjaan (ROS) dlm isu ini...& amat menyokong saranan Yb Wee Chee Keong agar mnyaman lge/dap krn bgitu mudah & sewenang2 membuat tohmahan...
Sikap kurang hajar lge/dap & pihak pakatan ini semakin menjadi2 kerana ketidaktegasan pihak berwajib sendiri krn agak 'double standard' jika timbul isu melibatkan dap....mcm takut sgt dgn majlis peguam (kroni2 dap)@penasihat dap kapal wilchar....Sedarlah....krn rakyat memerhati...jgn sampai rakyat merasa Kjaan lemah dlm penguatkuasaan undang2...YG BENAR TETAP DIBENARKAN...YG SALAH WAJIB DIKENAKAN TINDAKAN...
Post a Comment