"..saya tahu betapa peritnya peniaga pasar malam.."
Menurut Datuk Halim, beliau faham pahit maung menjadi seorang peniaga
pasar malam kerana beliau sndri penah menjual pinggan mangkuk di pasar
mlm selama 2 tahun selepas habis belajar di jurusan kejuruteraan
dahulu.. Ujar beliau sambil tersenyum.
Menurut Dato lagi, pada tahun
1988 ekonomi gawat dan beliau berniaga pasar malam demi mencari sesuap
nasi, dan beliau sangat faham dgn nasib peniaga pasar malam dan berikrar
untuk membela dan memperjuangkan hak peniaga pasar malam.
Lawatan Datuk Halim malam semalam d Pasar malam Kampung Lindungan d sambut dengan jeritan nama beliau dan tepukan gemuruh dari penjaja dan pengunjung..
"..saya bangga kalau punyai Wakil Rakyat yang sanggup turun ke bawah untuk jenguk rakyat.." - peniaga pasar malam
Malah menurut Datuk Halim, ketika beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian d penggal yang lepas, beliau pernah wujudkan tapak Pasar Malam "Up Town" d Subang Jaya dan Seri Setia. Tapak itu khusus untuk belia yang ingin berniaga sepenuh masa atau yang ingin tambahkan pendapatan..ketika itu beliau juga adalah Pengerusi Belia 4B Kelana Jaya.
"InsyaAllah kalau saya menjadi Wakil Tuan Puan semua..saya akan upgrade Pasar Malam d Seri Setia..malah akan sediakan lokasi yang terbaik untuk anda semua.." janji Datuk Halim..mengakhiri lawatan malam itu sebelum bergerak ke lokasi ceramah seterusnya..
Post a Comment