Label 10

Home » , , » #PRU13 : “Nak Hiburkan Hati Polis Dan Tentera, Mainkan Lagu Patriotik Berulang Kali,” - Mat Sabu

#PRU13 : “Nak Hiburkan Hati Polis Dan Tentera, Mainkan Lagu Patriotik Berulang Kali,” - Mat Sabu

Written By AAKJ on Monday, April 15, 2013 | 3:07 PM


JASIN – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu terus memperlekehkan pasukan keselamatan apabila mendakwa lagu patriotik yang sering berkumandang sebagai menghargai jasa mereka mempertahankan negara, sekadar bertujuan menghiburkan anggota keselamatan.


“Nak hiburkan hati polis dan tentera, mainkan lagu patriotik berulang kali,” katanya ketika menyampaikan ceramah di Kampung Tedong di sini semalam.
Beliau juga terus menuduh insiden anggota pasukan keselamatan negara yang terbunuh ketika bertempur dengan pengganas di Lahad Datu, sebagai permainan politik Barisan Nasional dan Umno.
Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, turut mempertikaikan tindakan Jabatan Imigresen Sabah yang tidak membenarkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Tian Chua, memasuki Sabah.
Sebaliknya, Mat Sabu mendakwa jabatan itu membenarkan individu dan kumpulan bersenjata masuk ke negeri berkenaan.
Mat Sabu sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila mengangkat Ahmad Indera atau Mat Indera, yang menyertai anggota Parti Komunis Malaya menyerang Balai Polis Bukit Kepong, sebagai hero dan pejuang kemerdekaan.
Pada ceramah itu, Pas turut mengumumkan Richard Wong, seorang ahli perniagaan yang juga anggota jawatankuasa Dewan Himpunan Penyokong Pas, sebagai calon pakatan pembangkang di kerusi Dewan Undangan Negeri Asahan pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei

Share this article :

+ comments + 3 comments

Anonymous
April 15, 2013 at 4:00 PM

Mat Sabu di bayar oleh DAP Rm15 ribu untuk menghasut rakyat utk membenci rakyat...lihat pendedahan You Tube Razali Melayu Dap.

Anonymous
April 15, 2013 at 5:31 PM

Salam..Mat Sabun inilah parasit terbesar PAS yg masih melekat dan berulat dalam parti dokongan anwarinas..lebih sudu dari kuah, memalukan umat Islam dgn lagaknya bagai little napoleon..amat-amat menjengkelkan!
-Anak ikan-

Anonymous
April 15, 2013 at 10:13 PM

Aku tak tau la dia ni spesis ape..kata bodoh kang marah..kalau sedara mara dia yang kena baru kepala hotak dia bole pikir dengan waras kot...vaviiii

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger