"..eh.ehh tak pe..saya dah biasa..saya asal orang kampung juga bang.."
..itulah yang keluar dari mulut Calon BN Dun Seri Setia, Kelana Jaya..Datuk Halim Samad..ketika beratur dan ambil sendiri nasi lemak sarapan pagi untuk isteri, anak bungsu dan untuk beliau sendiri.
Datuk Halim, 46, asal dari Felda Gedangsa Hulu Selangor, anak orang kampung, anak peneroka yang berhijrah ke Shah Alam dengan niat untuk ubah keluarga dan melangkah bersama arus pembangunan Selangor lebih dari 20 tahun..
Walaupun beliau tidak sampai ke peringkat ijazah dek kerana asal dari keluarga yang serba kekurangan, namun semangat inginkan perubahan dan majukan diri serta keluarga menyebabkan beliau berani meninggalkan kampung halaman..datang ke bandar mengadu nasib, akhirnya Allah swt makbulkan doa ibunda..Datuk Halim berjaya menjadi usahawan penyeliaan dan membersih kawasan.
Kini Datuk Halim melangkah setapak lagi..bukan dalam dunia perniagaan tapi dalam karier politik..pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kelana Jaya dan jawatan terkini beliau adalah Penyelaras BN Dun Seri Setia.
Walaupun calon Pakatan Haram jadah adalah calon yang mempertahankan kerusi, walaupun Nik Nazmi d katakan calon favorite namun kerana kelemahan yang ketara Wakil Rakyat Pakatan Haram itu selama sepenggal, peluang untuk BN menang amat cerah.
Pagi ni, hari pertama selepas Penamaan Calon, Datuk Halim turun sebagai Calon BN Dun Seri Setia d program Sukan Futsal anjuran Tabika Kemas Kampung Dato Hormat.
"..maafkan saya kalau nampak saya kekok sikit..insyaAllah dapat sesuaikan diri secepat mungkin" itulah ayat yang keluar dari mulut isteri Datuk Halim, Datin Zuriyana Basri.
Beliau kata salama ini beliau temankan Datuk Halim sebagai Penyelaras Dun BN, kebanyakan masa beliau berdepan dengan ahli UMNO sahaja..kini Datin turun untuk temankan Datuk Halim berjumpa dengan pengundi dan rakyat Dun Seri Setia.
"Sebagai Isteri, saya doakan agar Beliau d lindungi Allah dan BN menang.."
ujar Datin sambil melayan anak bungsu beliau
+ comments + 1 comments
Tahniah Dato Halim n juga tahniah tn hj aakj atas artikel yg mantap
Post a Comment