Dua kereta milik anak perempuancalon PKR Dr Xavier Jayakumar terbakar apabila sekumpulan lelaki membaling bekas berisi minyak tanah di pintu masuk kediamannya di Klang Jaya, Klang, semalam.
Kejadian itu dipercayai sebagai satu lagi insiden bermotifkan politik.
Dalam kejadian pada jam 11 malam itu, ejen pilihan raya Sangetha Jeyakumar, 30, berada bersama bapanya di pusat khidmat Pakatan Rakyat untuk bermesyuarat selepas satu sesi ceramah.
Seorang jiran yang tidak mahu dikenali berkata, dua orang lelaki, seorang daripadanya bersenjatakan parang, dalam sebuah kereta Kia Sephia berwarna perak, turun dari kereta itu dan memanjat pintu pagar rumah tersebut untuk masuk ke halamannya.
"Anjing saya mula menyalak semasa kedua-dua lelaki itu menjerit dengan kuat sebelum memanjat pintu pagar.

perghhhHHH !! kalu ini terjadi pada ahli BN mesti akan ada puok kera kata ini SANDIWARA !!
Semalam aakj ceritakan d SINI
Siapalah dia anak Calon Pkr, Dr Xavier ni..hebat sangat ke dia hinggakan ada pihak rasa terancam hinggakan timbul insiden ini ? Setakat petugas parti yang d lantik untuk memeriahkan PRU saja..!!
Kejadian letupan bom di Nibong Tebal & Sekinchan
Pembangkang sudah mula sedar mereka tidak mungkin mampu untuk memenangi pilihan raya kali ini. Oleh sebab itu mereka kini sedang rancak merancang untuk menimbulkan suasana tegang sebaiknya sahaja mereka diumumkan tewas.
Dengan hari mengundi yang akan berlangsung tidak lama lagi, pembangkang kini giat mencipta momentum untuk mencetuskan huru-hara. Bukan sahaja mereka secara konsisten sekarang ini menyerang SPR yang didakwa mereka tidak bersih, malah mereka sudah bertindak lebih agresif lagi.
Dua kejadian pusat kempen BN yang disabotaj dengan letupan bom buatan sendiri amat membimbangkan kerana penyokong-penyokong pembangkang mula bertindak ganas di luar batasan demokrasi.
Tindakan mereka yang sudah mula menggunakan keganasan menunjukkan mereka telah mengaku kalah sebelum bertanding. Mereka menggunakan sentimen untuk menakut-nakutkan rakyat kerana mereka kini sedang menghadapi krisis kepercayaan daripada pengundi.
Pembangkang telah menaja kumpulan pengganas politik di negara ini dengan membuat provokasi dan menimbulkan huru-hara. Provokasi ini dijangka akan terus berlarutan sehingga pilihan raya dan SPR akan dijadikan kambing hitam untuk meyakinkan rakyat mereka telah ditipu.
Bayangkan apa yang mereka mampu lakukan sekiranya keputusan PRU13 kali ini tidak memihak kepada mereka. Keamanan negara akan tergugat sekiranya pihak yang bertanggungjawab tidak dibawa ke muka pengadilan.
Tindakan pembangkang menuduh letupan-letupan bom ini sebagai sandiwara BN sama seperti tindakan mereka menuduh tragedi pencerobohan Lahad Datu sebagai konspirasi BN & UMNO.
Sikap taksub & buta hati yang ditunjukkan oleh penyokong pembangkang bakal memusnahkan negara ini sekiranya Pakatan berjaya ke putrajaya.
Post a Comment