Label 10

Home » , » #PRU13 : Hadi Awang Minta Pengundi UNDI Calon Bebas !!

#PRU13 : Hadi Awang Minta Pengundi UNDI Calon Bebas !!

Written By AAKJ on Sunday, April 28, 2013 | 2:00 PM



Abdul Hadi Awang menzahirkan sokongan secara terbuka kepada calon Bebas, Koh Boon Heng bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Damak telah menimbulkan kemarahan sekutu politik mereka Parti Keadilan Rakyat (PKR).
 
"Saya berharap pengundi akan memberi sokongan kepada Cikgu Koh pada hari pengundian..beliau menggunakan simbol bunga raya," 

katanya sebelum mengangkat tangan Koh dan calon PAS bagi kerusi Parlimen Jerantut Dr Hamzah Jaafar sebagai tanda sokongannya.
 
Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh berkata tindakan Abdul Hadi itu bertentangan dengan semangat Pakatan Rakyat apabila PAS menyokong kempen calon Bebas.
 
"Kami akan mengkaji isu ini secara mendalam dan akan membawanya ke peringkat pimpinan pusat," katanya sambil menambah PKR turut bertanding di kerusi berkenaan bagi mewakili Pakatan Rakyat.
 
 
New Straits Times melaporkan Hadi Awang mengakui sukar untuk menepati janji menghapuskan tol dan menurunkan harga kereta sekiranya PR memerintah.    Malah, beliau juga mendedahkan bahawa PR belum lagi melakukan kajian terperinci mengenainya. 
 
Dalam ceramah yang sama, Hadi juga mengakui bahawa negara akan mengalami kemerosotan ekonomi jika penghapusan duti eksais kereta import dilakukan secara drastik sepertimana yang termaktub dalam manifesto pembangkang.  

Selain itu, Hadi juga mengulangi kenyataannya yang tidak ingin berebut kerusi Perdana Menteri dan lebih rela menjadi nelayan.
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
April 28, 2013 at 8:41 PM

Pas mmg pandai muka2. Hari ini di Dun Kota Damansara sekitar pukul 6 ptg Pas sebuk berkempen. Ini ke yg Mustapha Ali kata Pas dah tarik diri dan beri sokongan pada Dr Naser Hashim. Oh ye Stopa bukan tau apa2 cuma tau menebar saja.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger