Label 10

Home » , , , » #PRU13 : Foto Najib Serah Watikah Di Cemari Demostrasi Tak Puas Hati !! aduHH !!

#PRU13 : Foto Najib Serah Watikah Di Cemari Demostrasi Tak Puas Hati !! aduHH !!

Written By AAKJ on Monday, April 15, 2013 | 1:11 PM


Sekumpulan penyokong BN berhimpun di perkarangan bangunan Datuk Onn, dan "mengugut" tidak akan memberi sokongan kepada parti itu sekiranya calon pilihan mereka tidak terpilih bertanding dalam pilihan raya umum 5 Mei.




Kira-kira 30 penyokong BN dari DUN Kelana Jaya membantah pencalonan ahli jawatankuasa bahagian Tengku Riduan Tengku Mansor – adik kepada Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai calon.






Kumpulan berkenaan mengambil kesempatan untuk mengadakan perhimpunan tersebut ketika presiden parti Datuk Seri Najib Razak menyertai majlis menyerahkan watikah kepada calon BN kepada pemimpin BN negeri di tingkat 8 bangunan tersebut.

Penyerahan watikah tersebut bermakna BN telahpun memuktamadkan senarai calon masing-masing dan kini perlu mempersiap jentera mereka.


Kumpulan berkenaan bagaimanapun berpandangan sebaliknya dan mahu DUN Seri Setia ditandingi pemimpin pilihan mereka – Penyelaras Dun Seri Setia, Datuk Halim Abdul Samad atau Timbalan Ketua Bahagian UMNO, Datuk Yahya Bujang.

Menurut mereka, kedua pemimpin tersebut "sering turun padang dan mempunyai jasa" kepada penduduk di situ.

"Selama lima tahun kita kecewa, nak pakai baju Umno dan BN pun malu. Tapi Datuk Halim dan Datuk Yahya buat rasa kami nak pakai. Kami sama-sama mengumpul kekuatan, tiba-tiba orang lain ambil alih.

"Kami tak kenal dia. Penduduk tak kenal.  Dia tak pernah datang, tak pernah turun padang... Tak ada jasa," dakwa wakil kumpulan tersebut Norhaizal Ismail.

Mereka yang berhimpun di luar bangunan ini, juga membawa poster mendesak supaya calon pilihan mereka dilantik bertanding, dan menolak calon bukan pilihan mereka.

"Kami tak mahu keluar mengundi. Kami juga tak mahu masuk PKR," kata mereka pada perhimpunan tersebut.

Salah seorang peserta perhimpunan tersebut turut memberitahu bahawa Tengku Riduan telah mengadakan pertemuan dengan ketua pusat daerah mengundi di DUN tersebut malam tadi dan mengisytiharkan dirinya sebagai calon di DUN tersebut.

Mereka mendakwa pertemuan itu, yang diadakan di Kelab Golf Subang itu, telah mendahului keputusan Datuk Seri Najib Razak yang akan membuat pengisytiharan calon BN hari ini.

"BN dan Umno boleh menang besar (di DUN itu) kalau betul calonnya," kata Abu Hanipah Zahari.

Mereka juga melaungkan bantahan bahawa mereka bukan membantah BN tetapi membantah calon itu.

"Kami sayang Umno, kami sayang BN," - peserta.

DUN Seri Setia mempunyai 16 pusat daerah mengundi.


Aakj : harap semua bersabar..aakj pun kecewa bila dengar calon Subang Jaya datangnya dari yang tak tau apa..mudah-mudahan tidak beliau d Subang Jaya !!..aakj akur..



Share this article :

+ comments + 16 comments

Anonymous
April 15, 2013 at 1:50 PM

Sabar & jgn marah cepat sangat.... takut calon yg kita nak tu sangkut saringan SPRM. Tempat aq camtu gak aq dengar, yb dulu kalau ada 10 rumah kenduri hari tu semua dia nak pergi. Tp dengar cerita calon lain kali ni sbb dia sangkut saringam SPRM. Takkan najib nak cerita kat org ramai calon yg kita nak x boleh bertanding sebab tak bersih & sangkut SPRM. Tp kalau ganti calon pun biarlah anak tempatan......

Anonymous
April 15, 2013 at 2:05 PM

Sememangnya inilah perangai turun temurun Umngok yang takkan berubah ... jelas dan nyata tangisan, laungan, bacaan puisi dan nyanyian lagu Warisan semasa PAU yang lalu tidak mampu mengubah sikap dengki, tak puas hati dan keasabiyyahan bahagian serta cawangan ahli-2 Umngok yang dah lama bernanah, berkudis serta berbau seperti lubang jamban tandas awam tak pernah flush ...


Mr Lakemba

Anonymous
April 15, 2013 at 2:33 PM

Setuju dengan anon pertama, jangan cepat melatah, PM tahu apa yang dilakukan dan tanggungjawab di tangan beliau, saya orang Kelana Jaya dan tahu keadaan semasa, itulah gunanya saringan calon, segala rekod lengkap ada. Inilah punca orang Islam/Melayu lemah dan terkulai, tak pernah rasa bersyukur.......

Pengundi Johor
April 15, 2013 at 2:45 PM

Calon yg turun padang yg menjadi pilihan penduduk setempat seharusnya diutamakan. My DUN last election, BN meletakkan calon luar kawasan dgn mengenepikan calon tempatan, hasilnya BN kalah di DUN yg tak pernah kalah sebelumnya. Jiran jiran aku kata, baik undi org yg dikenali (calon pembangkang) dr org yg tak dikenali.

Anonymous
April 15, 2013 at 4:06 PM

Apa ko ngarut ni lakemba? Sekurang2 BN punya calon disaring dulu melalui SPRM tau. Pembangkang pukimak ada brani buat? Bodoh...

Anonymous
April 15, 2013 at 4:07 PM

Ni bukan perjuangan individu.

Ingat, ni perjuangan parti yg mendukung agama Islam, survival Melayu/bumiputra, & negara Malaysia daripada jatuh ke tangan DAP (yg nak jatuhkan Melayu, hapus hak Melayu & hapus sistem raja berperlembagaan dll), PKR (parti skandal2 moral termasuk kes rasuah), PAS (nak hapus Nasionalisme = hapus identiti Melayu/negara; serta beri negara kpd bangsa asing DAP; & biar pemimpin2 yg berzina tak disiasat/hukum).

Anonymous
April 15, 2013 at 4:42 PM

Setuju dgn Anon pertama Anon 4:07PM kat atas ni.
Mungkin calon yg dipilih telah lepas saringan SPRM berbanding calon disukai kat situ. Memang betul yg ni bukan perjuangan individu tapi perjuangan parti yg pertahankan Islam, Melayu/bumiputera & negara drp dijadikan republik spt Singapura tu.

Anonymous
April 15, 2013 at 6:33 PM

Pengundi Johor benar kata tuan,

Tapi untuk pengetahuan saudara, calon untuk DUN Seri Setia adalah orang tempatan, beliau secara konsisten turun ke rumah Allah dan dikenali di kawasan Kelana Jaya, yang tidak berjaya sebagai calon bantulah beliau demi agama dan survival politik orang Melayu diseluruh negara amnya.

Anonymous
April 15, 2013 at 9:42 PM

Elok umno siasat keinginan akar umbi.....tidak semua calon kita kenal latar belakang....
Adakah calon yg mrk inginkan adalah calon porpulis di hati rakyat?
Adakah calon yg mrk inginkan pernah berpeluang melalui tapisan sprm?
Cadangan saya...biar ketiga2 mrk ditemuduga olh ds najib tanpa prejudis..... tanpa gangguan para pelobi......msh ada 5 hari sblm 20 april....msh sempat utk disiasat...

Anonymous
April 15, 2013 at 9:45 PM

Aku sokong....biarkan mrk ditemuduga oleh ds najib.....

Anonymous
April 15, 2013 at 10:28 PM

Dia belum berjasa x bermakna dia xkn berjasa. Yg sblm ni pun mungkin xkn berjasa gak kalo x diberi peluang. Niat kita smua satu menang. So jgn amik ht sbb kita mungkin tak tau apa yg pm tau. Mungkin yg kita xtau itu adalh lebih besar kesan nya pd parti. Bersatu disaat kita dduga benda cabaran lebih bsr drnitu

Anonymous
April 16, 2013 at 3:24 PM

aku rasa Dato Halim salah seorang wiinnable candidates.. aku bukan org politik . dulu aku undi nik nazmi pasal ikut2. kali ni aku ingat nak bagi undi pada dato halim pasal mmg aku tertarik dgn keterampilan beliau. rajin turun padang dan bercampur dgn segenap masyarakat. aku rasa majoriti penduduk seri setia kenal dia. duduk kat kopitiam pun ramai yang setuju dia di calon kan. tiba- tiba nama dia hilang yang naik calon yng aku sendiri pun tak kenal dah tu adik pulak pada tengku adnan tenku mansor. macm ada unsur kroni kat sini. macam mana BN nak rampas balik dun N32 kalau calon pun penduduk sekitar tak kenal sgt dan boleh di mainkan sebagai kroni. aku rasa mcm nak bagi je undi aku pada lawan dia nanti. tapi tak taulah tengok lah nanti..

kecewa dengan najib

Anonymous
April 16, 2013 at 3:56 PM

RASANYA KALAU SEMUA PENGUNDI PENYOKONG BN DUN SERI SETIA BERSATU HATI MASIH SEMPAT KALAU NAK MINTAK DSN TUKAR CALON N32 NI. SEBAB DSN DAH CAKAP PENGUMUMAN CALON DI BUAT AWAL UNTUK TENGOK RESPON RAKYAT SO KALAU PENGUNDI BN DUN SERI SETIA TUNJUK RESPON TAK SETUJU DENGAN CALON DI LETAK MUNGKIN DSN BOLEH BERUBAH HATI LETAK CALON YANG LEBIH WINABLE DAN DI KENALI MASYARAKAT SETEMPAT. WALLAHUALAM......

Anonymous
April 17, 2013 at 12:36 AM

tolong letak datuk halim, dia banyak turun padang especially kat kawasan desa mentari tu, siap support budak2 kompang, surau situ. nik nazmi ni awal2 je jenguk, da lama2 tu dia biar je. ni Tengku Riduan Tengku Mansor ni sapa, jangan sbb dia adik Ku Nan nak letak dia sbgai calon. Tlg ltak winnable candidate Najib. Nik Nazmi tu awal2 je jumpa, da lama2 tu dia biaq p ja, gunakan peluang ni utk menang, taruk calon yg betul2 orang situ nak.

Yang Benar,
-orang manjung yg slalu jenguk jenguk mak mertua di desa mentari-

Anonymous
April 17, 2013 at 12:58 AM

Salam, tetiba rasa nak komen issue ni.
Bila aku dpt tau Tengku Ridhuan (calon tiba2 muncul) untuk DUN yg bakal aku mengundi nie, rasa memang tak puas hati. Sbb selama nie Dato Halim yg rajin turun padang, dekat dgn rakyat biasa mcm kami ni. Memang selalu turun padang and derma apa yang termampu untuk aktiviti penduduk. Siapa tengku ridhuan ni? Aku suka dato halim ni sbb memang dia rajin turun padang. Aku nie anak orang biasa je, tp arwah abah aku masa dia hidup selalu sebut pasal dato halim, rajin dtg tempat kami, rajin menyumbang apa yg patut. Sbb tu dia memang winnable candidate bagi kami. Compare dgn nik najmi, jauh langit. Tengku ridhuan yg ntah sapa2 ni lagi la jauh ke langit. INI LA MASANYA KAMI NAK BALAS JASA BAIK DATO HALIM. Buat apa nak undi calon yg langsung tak kenal. So kalau dsn tak tukar, tak tau la. Kat area aku tu bukan sikit org nye, ada 10 blok. each blok ada 11 tingkat, 1 tingkat dlm 30 buah rumah. Blom campur taman2 yg lain. Kat area aku tu memang kuat bn, even india sebelah rumah aku pon dah pasang bendera BN. kalau nak kalah, abaikan la benda ni, kalah free. 1 UNDI pon bermakna. Sekian.

Anonymous
April 17, 2013 at 2:32 AM

mohon dsn kaji semula calon dun seri setia. rasanya macam ramai yang nak boikot. jgn kerana 1 dun ni tewas selangor gagal kembali ke pangkuan BN


pengundi DUN SERI SETIA N32

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger