Label 10

Home » , , » #PRU : Karpal Desak Anwar Nyata Pendirian Tentang Hudud & Negara Islam Ala Pas !!

#PRU : Karpal Desak Anwar Nyata Pendirian Tentang Hudud & Negara Islam Ala Pas !!

Written By AAKJ on Friday, April 26, 2013 | 8:04 PM



Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini mendesak Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pendiriannya berhubung isu hukum hudud dan konsep negara Islam yang ingin dilaksanakan Pas, sekutunya dalam pakatan pembangkang.
    
Sebagai calon "perdana menteri" pakatan pembangkang, Anwar perlu menyatakan pendiriannya mengenai isu kontroversi dan kritikal itu, katanya.
     
Katanya hasrat pemimpin Pas untuk melaksanakan hudud dan konsep negara Islam telah menjejaskan persefahaman antara parti dalam pakatan pembangkang dan mengakui dua isu itu akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN).
    
"Beliau (Anwar) perlu nyatakan pendiriannya. Saya fikir rakyat mahu mendengarnya. (Penasihat DAP) Lim Kit Siang dan (Setiausaha Agung DAP) (Lim) Guan Eng telah menyatakan pendirian parti, mereka tidak sokong hudud, mereka tidak sokong negara Islam," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
    
Karpal berkata beliau menyatakan pendirian DAP berhubung isu itu bukan sahaja sebagai pendirian peribadinya tetapi juga bagi pihak parti.
 
Baru-baru ini, Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Dr Haron Din berkata parti itu tetap akan melaksanakan hukum hudud jika pakatan pembangkang diberi mandat memerintah negara kelak.
    
Bagaimanapun kenyataan itu disanggah oleh Karpal yang berkata DAP tetap menentang pembentukan negara Islam yang mengamalkan undang-undang hudud.
Share this article :

+ comments + 3 comments

April 26, 2013 at 8:15 PM

TIAP-TIAP KALI PRU KARPAL AKAN ULANG SOALAN YANG SAMA, DAN SETIAP KALI ITU JUGA RAKYAT MALAYSIA TERBUAI DAN TERTIPU.

Anonymous
April 26, 2013 at 8:30 PM

Keganasan penyokong Pas di rakam...saksikan di ------------>>>>>Ohpilihanrayaku

Anonymous
April 26, 2013 at 8:58 PM

pasti anwar tersepit terkepit utk menyatakan pendirian tentang hudud..kalau beliau menentang pastinya ahli pas akan dan mungkin sabotaj calon pkr dan kalau menyokong hati karpal singh terluka..kita tunggu reaksi sesumpah politik bagi kenyataan rasmi

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger