Label 10

Home » , , , , , » Pemimpin Pas Sawan Khinzir PM Najib Pakai Kopiah Ceramah Di Masjid

Pemimpin Pas Sawan Khinzir PM Najib Pakai Kopiah Ceramah Di Masjid

Written By AAKJ on Tuesday, April 2, 2013 | 7:41 PM


Tindakan PAS mempolitikkan kunjungan Datuk Seri Najib Razak ke Masjid Jamek Sri Petaling di sini, petang semalam membuktikan kedangkalan pemikiran pemimpin parti yang semakin terdesak.
Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad (gambar), berkata tindakan mempolitikkan kunjungan Najib ke masjid yang sinonim dengan pergerakan tabligh itu membuktikan PAS ketakutan dengan keterbukaan ditunjukkan Perdana Menteri. Beliau berkata, sebagai Perdana Menteri beragama Islam ia bukanlah satu masalah kepada pemimpin negara untuk berbuat demikian apatah lagi agama Islam bukannya hak eksklusif PAS. 
Saya nampak PAS semakin takut dan terdesak sehinggakan semua isu ingin dijadikan alat politik walaupun membabitkan hal agama,” Datuk Nakhaie Ahmad
“Apa yang menjadi masalah kepada PAS apabila Perdana Menteri ke masjid itu.... adakah hanya pemimpin PAS saja boleh mengunjungi masjid itu. Inilah masalahnya PAS kalau orang lain buat, semua salah, tidak ikhlas dihina dan sebagainya, tapi kalau mereka buat semuanya boleh dan betul saja.




“Bagi saya ini adalah satu tindakan bodoh PAS apabila mempolitikkan kehadiran Perdana Menteri ke masjid itu. Mereka bukan saja jumud, malah turut mengajar pengikut dan penyokong mereka supaya turut berfikiran sempit.

“Saya nampak PAS semakin takut dan terdesak sehinggakan semua isu ingin dijadikan alat politik walaupun membabitkan hal agama,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Semalam, akhbar melaporkan Perdana Menteri mengunjungi masjid terbabit dan menunaikan solat Isyak berjemaah bersama orang ramai selain mendengar tazkirah berkaitan perjuangan Nabi Muhammad SAW disampaikan Muaz Roslan yang membaca kitab Hayatus Sohabah.

Rentetan itu, suara rasmi PAS HarakahDaily menyiarkan artikel dengan menyifatkan kunjungan Najib ke masjid itu sebagai meniru cara kempen pakatan pembangkang selain turut mempertikaikan tindakan pemimpin negara itu memakai kopiah ketika ke masjid berkenaan.

Mengulas mengenai perkara itu, Nakhaie berkata ia membuktikan tindakan PAS yang semakin bercelaru apabila menyifatkan apa saja hal berkaitan Islam adalah hak mutlak mereka.

“Apa masalah dia (PAS), kalau sekalipun tujuan Perdana Menteri pergi ke masjid itu untuk berkempen, orang (jemaah) boleh terima kenapa PAS mahu bising,” katanya.

-rakyattranung.blogspot.com

Share this article :

+ comments + 5 comments

Xpas
April 2, 2013 at 8:21 PM

Mengunjungi masjid dan beribadah di dalamnya adalah kebaikan. Niat dalam hati adalah urusan Allah swt.
Yg melazimi memakmurkan masjid, terjamin imannya dan pasti petunjuk baginya. Rujuk tafsir ayat 18 surah At Taubah 18.
Jgn perkecilkan kebaikan yg dibuat, bgmn kecil pun ia, krn itu sifat munafik. Rujuk tafsir ayat 79 surah At Taubah.

Anonymous
April 2, 2013 at 8:32 PM

ape la BODOH sngat pas ni
org buat kebaikan pn nk dpolitikkn
klau org2 die bwak masok kaper laknat dlam masjid bleh plak
ni najib yg da sah2 ISLAM msok masjid nk dkutuk2
BODOH btol pas ni

Anonymous
April 2, 2013 at 9:00 PM

Laa..apa plak bangang ckp nk tiru PAS, weiii PAS PIS PUS..lu org saja ke bleh masuk masjid?..lu org saja layak pakai kopiah?..lu org saja ke org berceramah dlm masjid termasuk kapir lahanat bg ceramah ( Pak Lebai sibuk tgk body ), entah cilaka tu period ke korang ada tanya?..otak udang sangap bin bahlol semua Najib buat serba tk kena...tau tak pasal apa allah s.w.t tk redho korang memerintah Malaysia ni???...sbb korang tu hati penuh dendam kesumat!!! yg hanya layak bergaul dan bercengkerama dengan syaitan serta iblis, Benda baik mcm kes ni pun korang dah sewel!!!..cmana nk perintah Malaysia nih..!!!!ISLAM tu lu org punya ke?...Maulud Nabi x perlu smbut, kerja tk sudah ye Pok Nik..yg kau potong kek adab lahanat mana smbut dgn Karapalo Singo tu?...

Anonymous
April 3, 2013 at 12:55 AM

Apalah puak kawarij pas, hati dah hitam pekat begitulah jadinya...PM masuk masjid, bersama para tabligh...patutnya ucapka alhamdulillah...PM pakai kopiah...alhamdulillah...PM Najib telah menunaikan fardu haji....beliau nak pakai kopiah memang sesuailah...aku dan kawan2 pakai serban, jubah tapi kami orang sokong umno juga...tak ada masalah pun...sepatutnya PAS dibubarkan sahaja...baru umat islam boleh bersatu dan aman tenteram...

Anonymous
April 3, 2013 at 1:29 AM

Kopiah = pas = ?.....

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger