#ManifestoBN Live : BN Janji 150 Komitmen Baru !! BR1M Di Naikkan RM 1200
- BN janji
150 komitmen baru jika diberi mandat tadbir negara selepas PRU13.
- 112
daripada komitmen ini telah pun dilaksanakan, selebihnya menambah kekuatan
janji-janji demi memenuhi keperluan rakyat.
- Manifesto
ini perlu dilihat sebagai moving target & janji-janji dinamik yang akan
dilaksanakan sepanjang 2013-2018.
- Apa yang dibentangkan adalah sangat realistik,
berlandaskan kalkulasi ekonomi yang berhati-hati dan tidak semberono.
- Pendekatan manifesto yang sangat bertanggungjawab dan
memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia. Merangkumi keperluan rakyat
termasuk di Sabah, Sarawak dan kawasan pedalaman di Malaysia.
- Penambahan BR1M
untuk segmen masyarakat yang memerlukan pembelaan. Kejayaan BR1M 1.0, 2.0
diteruskan – menggunakan falsafah ‘perkongsian kemakmuran’ bersama rakyat.
- BR1M
dinaikkan RM1200 untuk satu keluarga, RM600 untuk orang bujang. Baucer
Buku 1 Malaysia dinaikkan RM300, Bantuan Persekolah dinaikkan RM150.
- Pengurangan harga kereta antara 20-30% secara gradual.
- Dasar 1Negara 1Harga untuk barangan keperluan asas.
- Kementerian baharu dalam menangani isu-isu dalam
bandar.
- 1,000,000 juta rumah mampu milik – termasuk 500,000
perumahan PR1MA.
- Mengambil alih penyelenggaraan semua perumahan
awam.
- Sistem nasional untuk penjagaan kesihatan rakyat.
- Membina Lebuh raya Pan Borneo.
- Sasaran 3.3 juta peluang pekerjaan; 2 juta daripadanya
berpendapatan tinggi.
- Sekolah satu sesi diperluaskan.
- Bantuan khas RM100,000 kepada sekolah yang
mempunyai kelas pendidikan khas.
- Transformasi sekolah vokasional.
- 4,000 anggota Polis setiap tahun.
- Pengecualian cukai sumbangan kepada pembangunan
rumah ibadat.
Post a Comment