Label 10

Home » , , , » Mahasiswa Minta PM Bubar Parlimen Semasa "April Fool" !!

Mahasiswa Minta PM Bubar Parlimen Semasa "April Fool" !!

Written By AAKJ on Monday, April 1, 2013 | 9:00 AM


Seramai 150 anak muda dan mahasiswa yang menyertai konvoi Gelombang Anak Muda Tolak Umno BN (Tolak) hari ini berhimpun di hadapan kediaman rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya bagi memohon Parlimen dibubarkan sempena April Fool yakni 1 April, esok.
Permohonan itu disampaikan melalui memorandum oleh Pengerusi Tolak, Muhamad Azan Safar dan ia telah diambil oleh kakitangan Sri Perdana.
Permintaan agar pembubaran Parlimen dilakukan sempena April Fool itu agak pelik kerana kelihatan tidak bijak dan seolah-olah lawak jenaka kumpulan mahasiswa itu.
Dalam pada itu, tiga ahli Tolak ditahan polis kerana terlibat dalam perhimpunan haram.



Mereka adalah Muhammad Azan Safar (yang juga Presiden Gabungan Mahasiswa Islam), Pengerusi Majlis Politik Nasional GAMIS, Afif Zulkipli dan seorang mahasiswa UPM.
Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.

Kepada mak ayah d kampung..aakj mohon anda tengoklah anak-anak anda yang minta duit tiap bulan kononnya nak belajar..sekali sekala periksalah keputusan peperiksaan mereka..cukup-cukup makan atau memang CGPA 4.0 !!

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger