Label 10

Home » , , » Lahad Datu Eksklusif !! Bangsa Suluk Janji Jadi Mata & Telinga Anggota Keselamatan !

Lahad Datu Eksklusif !! Bangsa Suluk Janji Jadi Mata & Telinga Anggota Keselamatan !

Written By AAKJ on Wednesday, April 3, 2013 | 1:26 AM


Kerjasama kukuh ditunjukkan penduduk di gugusan Labian termasuk mereka yang berbangsa Suluk membolehkan pihak keselamatan melumpuhkan pergerakan pengganas Sulu dalam masa singkat selain tertumpasnya beberapa orang kanan termasuk beberapa individu dipercayai tali barut yang dicekup untuk siasatan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, kebanyakan penduduk tempatan tidak ‘merestui’ pencerobohan itu dan sanggup menjadi ‘mata-mata’ pihak keselamatan memantau pergerakan pengganas.

“Penduduk bukan sahaja patuh arahan pasukan keselamatan supaya berpindah, malah sanggup menjadi ‘mata dan telinga’ supaya kejadian ini berakhir segera.

“Sikap penduduk yang antikeganasan ini terbukti apabila hasil maklumat mereka membawa kepada penangkapan beberapa individu berpengaruh, sekali gus melumpuhkan pergerakan pengganas sejak pencerobohan mereka lebih sebulan lalu di Kampung Tanduo,” katanya, di sini, semalam.

Hamza berkata, berdasarkan rekod tangkapan pengganas berprofil tinggi yang dilakukan polis hasil maklumat penduduk ialah penahanan Datu Amir Bahar Hushin Kiram di kawasan paya di Semporna pada 23 Febuari lalu.


Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
April 3, 2013 at 6:13 AM

Boleh cayer ke orang Suluq ni? Bukankah wira kita yg terbunuh adalah kerana talibarut pengganas dalam anggota polis sendiri?

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger