Gambar-gambar di atas tidak mungkin disiarkan di Buletin Mutiara, lidah
rasmi Kerajaan DAPig Penang yang menggunakan wang Rakyat. Juga tidak
mungkin akan disiarkan di akhbar rasmi DAP Pusat iaitu Roket.
Petang
semalam Rakyat Pulau Pinang bangkit berhimpun secara aman di Komtar, Pulau
Pinang untuk membantah projek mega yang mahu dilaksanakan oleh Kerajaan
DAPig Pulau Pinang. Ketua Menterinya, Joseph Lim Guan Eng baru-baru ini
mengumumkan pembinaan terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion bagi
menghubungkan Persiaran Gurney di pulau dengan Bagan Ajam di tanah
besar.
Projek mega yang diumum kerajaan negeri pimpinan DAP itu melibatkan
pembinaan empat lebuh raya utama termasuk terowong bawah dasar laut
berkenaan. Pembinaan projek itu diserah kepada Consortium Zenith BUCG
Sdn Bhd iaitu syarikat tujuan khas yang dibentuk daripada lima syarikat -
Zenith Construction Sdn Bhd, China Railway Construction (dua syarikat
ini memegang keseluruhan 70 peratus ekuiti), Beijing Urban Construction
Group (BUCG), Sri Tinggi Sdn Bhd dan Juteras Sdn Bhd yang masing-masing
memiliki 10 peratus.
Joseph Lim Guan Eng dilihat seolah-olah begitu terdesak mengumumkan
projek itu sedangkan Jambatan Kedua Pulau Pinang masih belum beroperasi
dan kesan lalu lintas belum dapat dinilai lagi. Rakyat Pulau Pinang yang
berhimpun juga mempersoalkan tindakan Lim menyerahkan tanah tebus guna
seluas 44.51 hektar di Tanjung Pinang sebagai bayaran kepada pemaju
projek berkenaan kerana nilai tanah semakin meningkat dan mendakwa
transaksi seumpama itu hanya memanfaatkan pemaju.
Post a Comment