Label 10

Home » , , » Terkini Op Daulat Lahad Datu ! 50 Lagi Pengganas Di Tangkap !!

Terkini Op Daulat Lahad Datu ! 50 Lagi Pengganas Di Tangkap !!

Written By AAKJ on Friday, March 8, 2013 | 8:55 PM



Lebih 50 suspek ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan pengganas bersenjata Sulu yang menceroboh Sabah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata mereka ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah Khas) 2012.

"Suspek telah ditangkap di luar kawasan operasi Op Daulat.

"(Daripada) soal siasat suspek (kita) akan dapat mengesahkan beberapa maklumat yang telah kami peroleh," katanya pada sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di sini, Jumaat.

Sementara itu Jeneral Zulkifeli berkata beliau tidak menerima apa-apa perkembangan daripada Wisma Putra mengenai kemungkinan kumpulan lelaki bersenjata itu menyerah diri.

"Dari pagi tadi saya tidak menerima apa-apa berita bahawa mereka akan menyerah.

"Oleh itu, kita masih teruskan operasi kerana kami percaya baki kumpulan itu masih berada di beberapa tempat," katanya. 

Share this article :

+ comments + 2 comments

March 9, 2013 at 1:43 AM

saalam seperjuangan mohon pautkan blog kecil saya disini..saya dah pautkan blog tuan disana..mekasih

http://daengselili.blogspot.com/

March 10, 2013 at 8:42 PM

Doa buat para pejuang negara di lahad datu dan sempurna... Hapuskan penganas sulu....

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger