Label 10

Home » , , » OPS Daulat !! 8 Snipper Wanita Kiram Di Kepung !! Seorang Di Tembak !!

OPS Daulat !! 8 Snipper Wanita Kiram Di Kepung !! Seorang Di Tembak !!

Written By AAKJ on Monday, March 25, 2013 | 9:54 AM

Sekumpulan wanita Sulu yang direkrut menjadi penembak tepat oleh gerombolan pengganas yang diketuai Azzumuddie Kiram yang menceroboh negeri ini sejak 12 Februari lalu, kini dipercayai hidup menderita kerana tiada makanan.


Rumah seorang penduduk Kampung Kembara Sakti, Lahad Datu 
yang terbakar selepas diceroboh empat lelaki bersenjata kelmarin.

Mereka kini dipercayai hilang arah menyembunyikan diri di dalam hutan selepas Azzumuddie sudah meninggalkan kumpulan tersebut manakala pasukan keselamatan pula giat melancarkan Ops Daulat bagi memburu saki-baki pengganas itu.

Baki pengganas wanita yang bersembunyi kini dipercayai hidup dalam keadaan kusut masai dan badan kurus kerana tiada makanan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya percaya seramai lapan wanita menyertai puak pengganas Sulu dengan seorang daripada wanita itu telah ditembak mati dalam pertempuran pada 1 Mac lalu.

"Memang ada wanita dalam kumpulan pengganas Sulu dan kita sudah menembak seorang daripada pengganas wanita itu," kata beliau pada sidang akhbar di sini kelmarin.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger