Label 10

Home » , , » Op Daulat Live !! Siri Gempur Anjing Kiram III Di Teruskan !! Letupan Bom Kedengaran !!

Op Daulat Live !! Siri Gempur Anjing Kiram III Di Teruskan !! Letupan Bom Kedengaran !!

Written By AAKJ on Saturday, March 9, 2013 | 11:30 AM



Keadaan di Felda Sahabat adalah terkawal biarpun bunyi beberapa siri letupan bom dilepaskan di kawasan zon merah dalam Op Daulat selepas 24 jam tiada pertempuran berlaku antara pasukan keselamatan dan penceroboh militan Sulu yang menjadikan Kampung Tanduo dan Tanjung Batu, 130
kilometer dari bandar Lahad Datu, sebagai kubu sejak 12 Feb lalu. 

Malah di bandar Lahad Datu dan bandar Semporna, yang terletak 150 kilometer dari sini, adalah terkawal dan tenang dengan aktiviti masyarakat serta premis perniagaan berjalan seperti biasa.

Di Felda Sahabat 16, kedengaran beberapa bunyi dentuman bom yang datang dari kawasan zon merah Op Daulat pada 1 pagi dan 7.30 pagi.

Selain itu pada pagi ini turut kedengaran pesawat helikopter berlegaran di ruang udara Felda Sahabat. 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meninjau markas Op Daulat di Felda Sahabat, Khamis lalu berkata Malaysia menolak sebarang tawaran gencatan senjata dan menegaskan satu-satunya pilihan bagi penceroboh itu ialah letak senjata dan serah diri tanpa bersyarat. 

Gerakan Op Daulat yang memasuki hari kelima hari ini mengesahkan 52 penceroboh militan terbunuh.

Sejak pencerobohan itu juga seramai lapan anggota polis terkorban iaitu dua wira terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna pada 2 Mac.





Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
March 9, 2013 at 11:45 AM

Kuatkanlah semangatmu wahai perwira negara...walaupun ada mnusia durjana yg menghina & mperlekehkan usahamu....tapi percayalah...berjuta2 lg rakyat Msia yg mendoakan kalian siang & mlm...hanya ALLAH SWT jua yg dpt mbalas sgala jasa & pengorbananmu...Doa kami petaka ini segera berakhir....krn kepulanganmu amat dinantikan oleh keluarga d rumah...Jutaan terima kasih wahai perwira negara.....

March 9, 2013 at 12:31 PM

layak disembelih jek askar setan sulut nie

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger