Lebih “Auta” dari “Fakta” apabila sekali lagi Rafizi Ramli memperbodohkan dirinya dengan berkata “Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) perlu dihapuskan segera bagi mengelakkan perbadanan tersebut membankrapkan negara !!!”
Masih ingatkah anda semua akan perdebatan Isu Mansuh PTPTN diantara Khairi Jamalludin dan petualang bangsa Rafizi Ramli yang mana Rafizi gagal membuktikan kemampuan PR melaksanakan Dasar Pendidikan Percuma ?
Sebelum ini Rafizi dalam ucapan-ucapannya sering mengaitkan negara-negara “Scandinavia” untuk dijadikan perbandingan seperti Turki dan Finland tetapi tidak kini kerana info dan maklumat yang diberikan nyata bercanggah dengan kenyataan dan hampir memalukan dirinya.
Wajarkah Malaysia dibandingkan dengan Negara Uncle Sam (Amerika), begitu bangsatkah siswa-siswi Malaysia dipandangan mata Rafizi Ramli dengan membuat andaian Malaysia akan muflis jika PTPTN diteruskan dengan “andaian” lepasan siswazah yang menerima pinjaman PTPTN akan melupakan akur janji untuk membayar balik pinjaman ?!
Semenjak PTPTN dutubuhkan pada tahun 1997 sehingga tahun lalu seramai 885,564 peminjam telah menerima manfaat daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)...seterusnya d SINI
Post a Comment